Friday, September 19, 2008

SAYA BEREHAT MENULIS. I AM TAKING A BREAK FROM WRITING.

Wednesday, August 6, 2008

Cintakan Negara?

Adakah kita benar-benar cinta dan sayangkan negara kita Malaysia?

Kalau ditanya, semua kan jawab ya. Tidak ada yang akan kata mereka tidak sayangkan atau cintakan negara ini. Tetapi, benarkah? Benarkah mereka cintakan negara ini?

Mereka mungkin sukakan negara ini. Semua orang sukakan negara ini. Orang luar pun sukan negara ini. Berjuta rakyat asing ada di negara ini, samada dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Filipina, India, Cina dll. Apalagi orang tempatan, terutama mereka yang bergelar pemimpin. Mereka sangat sukakan negara ini.

Tetapi cinta dan suka tidak sama.

Kita sukakan negara ini kerana apa yang kita boleh dapati darinya. Banyak benda yang boleh didapati, terutama kemewahan hidup. Sukar hendak cari tempat di dunia ini seperti Malaysia. Bukan sahaja kaya, tetapi bermurah hati menerima kemasukan orang luar.

Cinta bukan sekadar menerima, tetapi lebih penting memberi. Dan lebih besar lagi berkorban.

Berapa ramai pendatang asing di negara ini sanggup memberi untuk negara ini? Adakah yang sanggup berkorban demi untuk kepentingan negara ini?

Tidak usahkan pendatang asing, rakyat negara ini sendiri belum tentu mencintai negara ini. Berapa ramai yang sanggup berkorban untuk kepentingan negara?

Kita tidak bercakap tentang berkorban nyawa. Kita bukan dalam keadaan perang. Itu pun kalau kita sanggup berkorban nyawa, belum tentu kerana kita cintakan negara ini. Mungkin kerana terpaksa atau ada sebab lain.

Berapa ramai yang sanggup berkorban sedikit kemewahan dan keselesaan untuk negara ini? Berapa ramai yang mengutamakan barangan keluaran negara ini? Berapa ramai yang sudi membeli dan menggunakan kenderaan buatan negara ini? Berapa ramai yang berbangga berbuat demikian?

Tidak ramai. Ini termasuklah golongan yang bergelar pemimpin sendiri. Mereka lebih suka mengutamakan kenderaan luar. Tabiat ini sudah mula merebak ke golongan lain, termasuk golongan pendidik dan golongan agama.

Sekiranya kita tidak membeli kenderaan sendiri, siapa yang akan membelinya? Kita tidak mempunyai pasaran yang besar di luar negara. Jualan barangan lain pun tidaklah seberapa.

Kalau golongan pemimpin tergila-gila dengan kenderaan import, golongan lain pun sama. Bukan sahaja golongan pendidik, golongan agama dan penjawat awam, golongan lain pun seperti buruh, petani dan nelayan kalau mampu akan mengutamakan kenderaan buatan luar.
Wajarkah begini?

Bolehkah negara maju sekiranya rakyat bersikap begini?

Sebahagian besar rakyat Eropah, Amerika, Jepun, Korea sangat patriotik dan mengutamakan barangan negara mereka sendiri. Ini yang membolehkan mereka membina ‘industrial base’ dalam negara mereka. Ini yang membolehkan mereka terus memaju dan mengembangkan industri mereka.

Tetapi bagi kita patriotik itu sekadar mengebar bendera dan menyanyikan lagu-lagu tertentu. Lidah dan bibir mengungkapkan rasa cinta pada negara, tetapi hati cinta kepada barang mewah luar negara.

Malanglah begini.

Friday, July 25, 2008

Exco Beli Kompressor

Lagi sekali saya tidak menulis untuk seketika.

Beberapa perkara telah berlaku. Diantaranya pembelian kereta Mercedes Kompressor untuk kegunaan exco kerajaan Trengganu.

Alasanya untuk keselamatan. Betulkah?

Betulkah kereta Proton Perdana kurang selamat? Berapa banyak kemalangan yang melibatkan kereta Proton Perdana? Betulkah exco-exco ini terkejar ke sana terkejar ke sini?

Semuanya tidak logik. Rakyat sangat bodoh agaknya untuk menerima alasan begitu. Atau siapa yang bodoh?

Katanya lagi Proton Perdana mudah rosak. Betulkah? Bukankah dengan RM3.40 juta itu boleh beli 28 biji proton jika dibandingkan dengan hanya 14 buah Mercedes Kompressor. Berilah 2 biji seorang, pakai bergilir-gilir. Rosak satu ada satu ‘spare”. Bukankah ini menyokong usaha/perusahaan negara sendiri?

Sebanya, senangnya, hendak mewah, tidak patriotik. Di mulut saja tersembur perkataan sayang/cinta negara. Yang dicintai ialah kemewahan. Kalau pemimpin tidak patriotik, layakkah jadi pemimpin? Patutnya menjadi contoh kepada rakyat. Tetapi tidak.

Sedar-sedarlah diri. Kebanyakan exco-exco ini anak orang kampung. Orangtua dulu pun entah-entah hanya mampu naik basikal tua. Janganlah tiba-tiba sudah tidak selesa naik Proton Perdana.

Bangsa yang tidak patriotik susah hendak maju. Bagaimana hendak maju kalau tidak mampu mengutamakan produk negara sendiri? Semuanya hendak yang import. Perangai ini sudah merata ke semua golongan.

Hari ini timbul pula cerita exco Selangor hendak pakai Toyota Camry. Alasannya hampir sama.

Bolehkah diharapkan pemimpin begini?

Thursday, July 10, 2008

Tuhan, Selamatkanlah

Tuhan, selamatkanlah…
Selamatkanlah bangsa ini
Dari krisis yang tidak berkesudahan
Dari kehancuran dan kemusnahan.
Engkau mengetahui
Akan keadaan bangsa ini
Di seliputi pelbagai masalah
Kecil dan besar
Yang melibatkan semua golongan
Tua dan muda
Lelaki dan wanita
Yang beragama dan tidak beragama
Yang terpelajar dan tidak berpelajaran
Pemimpin dan rakyat.
Selamatkanlah kami
Dari kejahatan
Diri kami sendiri
Dari nafsu yang tidak terkekang
Dari kepentingan diri yang melampau
Dari keinginan kepada kuasa yang tidak terbatas.
Selamatklanlah kami
Dari golongan yang khianat
Dan memudarat
Singkirkanlah dari kami golongan bergelar pemimpin yang khianat
Dan golongan agama/ulama yang memudarat.
Datangkanlah kepada kami
Golongan umara’ dan ulama yang benar
Umara’ yang memimpin
Dan ulama yang membimbing.
AMIN.

Wednesday, July 9, 2008

Melayu tidak akan Hilang di Dunia?

MELAYU TIDAK AKAN HILANG DI DUNIA.

Itulah kata-kata keramat Hang Tuah. Benarkah kata-kata ini? Benarkah Melayu tidak akan hilang di dunia?

Boleh jadi benar. Melayu tidak akan hilang di dunia.

Tetapi, bukanlah kerana kehebatan orang Melayu sendiri atau pemimpinnya. Bukan kerana kekuatan atau kehebatan bangsa ini sendiri yang ia akan terus selamat. Tetapi kerana Tuhan yang menghendaki demikian. Tuhan yang melindungi dan memeliharanya.

Bangsa ini selamat “inspite of” kerenah dan perangai buruknya. Kalau ikutkan tindak tanduk mereka (rakyat dan pemimpin) pasti sudah lama bangsa ini sudah “tiada di dunia”. Hilang entah di mana. Merempat entah di mana. Berbagai malapetaka ciptaan sendiri yang memusnahkannya. Bangsa ini pasti sudah musnah akibat keburukan dan kejahatan sendiri.

Sebenarnya, Tuhanlah yang memelihara bangsa ini. Tuhanlah yang memelihara mereka dari kejahatannya dan kejahatan golongan pemimpinnya sendiri. Agama Islamlah yang menyelamatkan mereka. Pengamalan Islam yang sedikit itulah yang membolehkan bangsa ini masih ada negaranya, masih ada di tanahairnya.

Tanpa Islam kita tidak pasti apa yang sudah berlaku. Sedangkan dalam keadaan beragama Islam pun macam-macam perkara boleh berlaku. Macam-macam perkara yang tidak masuk akal boleh berlaku. Bayangkanlah kalau bangsa ini bukan penganut agama Islam. Boleh jadi ia menjadi seburuk-buruk umat di atas muka bumi.

Kelemahan bangsa ini sudah diperkatakan oleh Pendita Zaaba sejak tahun 30an dan 40an lagi. Tun Dr Mahathir Mohamad pun ada menulis dalam buku Dilema Melayunya. Macam-macam perangai rendah terdapat pada bangsa ini. Bacalah kembali tulisan kedua tokoh ini.

Rata-rata boleh dikatakan bangsa ini mempunyai rasa tanggungjawab sosial yang rendah. Sangat mementingkan diri sendiri walaupun memudaratkan bangsa dan negara, bahkan sanggup menggadai negara untuk kepentingan diri. Lihatlah gelagat sebahagian golongan pemimpinnya...

Sejarah dengan jelas membuktikan bahawa golongan pemimpin dengan mudah bersekongkol dengan pihak luar sekiranya dapat memegang tampuk kuasa. Mereka dengan mudah mengundang pihak luar untuk campurtangan asalkan mereka “naik tahta”.

Mereka akan merebut dan mempertahankan kuasa dengan apa cara sekalipun. Yang tidak layak jadi pemimpin ingin jadi pemimpin. Wang dan agama digunakan sebagai alat untuk berkuasa.

Golongan rakyatnya pun tidak kurang juga. Mereka bersikap tidak peduli, asalkan mereka dapat kesenangan. Undi sudah dibeli dengan wang.

Mereka juga sangat mudah terkeliru dan terpedaya dengan idea-idea atau agenda perjuangan yang tidak benar yang dibawa oleh golongan agama.

Kakitangan kerajaan (termasuk golongan pendidik) mempunyai dedikasi yang sangat rendah. Yang berpangkat mengutamakan jawatan. Bukan JASA yang hendak dibuat tetapi JUSA (Jawatan Utama Sektor Awam) yang diburu. Setidak-tidaknya jawatan DG/DH/DS 48/52/54 dsbnya, kalau pun bukan JUSA. Hasil kerja tidak seberapa. Tidak setimpal dengan jawatan/pangkat dan gaji/elaun. Nasib pelajar kurang diambil berat. Kalau ada pun hanyalah mengusahakan pelajar mendapat keputusan peperiksaan yang tinggi (itu pun mungkin ada kepentingan peribadi disebaliknya – untuk tujuan naik pangkat). Tidak kurang juga yang ‘membega’ markah dengan cara meluluskan yang tidak patut lulus. Sebabnya...? Anda tahu sendiri.

Inilah realiti bangsa Melayu. Kata-kata Hang Tuah itu mungkin benar, tetapi bukanlah kerana kebaikan dan kehebatannya, ia tidak akan hilang di dunia. Ia masih wujud kerana Tuhan yang menghendaki demikian, Tuhan yang memeliharanya.

Monday, July 7, 2008

Malaysia Going to the Dogs?

Hampir tiga minggu saya tidak menulis. Ada kombinasi beberapa sebab.
Di antaranya boleh jadi saya menjadi “put-off” dengan suasana politik di Malaysia. Kebelakangan ini rasa sangat malas melayari internet dan membuka blog. Juga kurang berselera menonton program TV. Terbaca di akhbar terdapat beberapa orang blogger yang merasa “fed-up” dengan tindak tanduk golongan yang bergelar pemimpin (the so-called leaders).
MALAYSIA GOING TO THE DOGS? (Malaysia akan hancur?)
Nampaknya begitulah kalau diserahkan kepada golongan pemimpin-pemimpin. Mereka tidak peduli apa yang akan berlaku kepada bangsa dan negara. Mereka akan buat apa yang memuaskan mereka. Mereka hanya mementingkan diri, keluarga dan puak masing-masing.
MELAYU OH MELAYU! Malangnya nasibmu. Sejarah mungkin berulang. Bangsa dan negara ini akan hancur, jika tiada campurtangan Tuhan. Tiada siapa yang sebenarnya peduli terhadap nasib bangsa ini. Berjuang untuk membela bangsa, agama, negara itu hanyalah sekadar ucapan di bibir.

Friday, June 20, 2008

Kita Terlalu Bermewah

Ambillah iktibar dari jiran timur kita, Filipina. Satu ketika dahulu di tahun 60an Filipina sudah dikira “on the verge of economic take-off” untuk menjadi negara yang maju. Tetapi apa yang diharapkan tidak menjadi. Kini Filipina adalah sebuah negara yang dikira mundur dan tertinggal di belakang. Rakyatnya terpaksa bekerja sebagai pembantu rumah dan pemain muzik di kelab-kelab malam di serata dunia.

Perkara yang sama boleh berlaku pada negara ini. Negara ini dianggap salah satu “economic tiger”. Kita telah mencapai tahap negara membangun. Hasilnya negara kita boleh dianggap makmur dan kaya.

Tetapi, adakah kekayaan dan kemakmuran ini akan berterusan?

Kita mungkin tidak pernah terfikir soalan ini. Mungkin juga merasakan tidak perlu bertanya soalan demikian. Kebanyakan kita mengandaikan bahawa kekayaan negara kita akan bertahan untuk tempoh yang lama kalau pun tidak selama-lamanya.

Dan kebanyakan kita terutama orang Melayu menumpang kekayaan negara ini. Kita tidak pandai mencipta kekayaan sendiri. Samada sebagai kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dan elaun yang agak besar (ada yang terlalu besar, tidak sepadan dengan sumbangan seperti bonus 6-9 bulan setahun) atau dari projek perniagaan yang diperolehi dari kerajaan (samada secara wajar atau tidak, benar atau alibaba).

Dengan kekayaan inilah kita berbelanja dan bermewah sakan. Kita berbelanja mewah terutama dalam hal membeli kenderaan. Kalau mengikut trend yang ada satu ketika nanti hanya golongan buruh, petani dan nelayan sahaja yang berkereta nasional. Itu pun kerana mereka tidak mampu. Golongan-golongan lain tidak akan selesa sekiranya tidak berkenderaan berjenama luarnegara. Parking-parking lot pejabat kerajaan, IPT-IPT, sekolah-sekolah akan dipenuhi dengan kereta-kereta dari Jerman, Jepun, Sweden atau setidaknya Korea.

Mungkin ada yang berlawan-lawan. Model siapa lebih mahal dan lebih terbaharu. “Awak pakai kereta Jepun, aku pakai kereta Jerman. Kereta Malaysia ini tidak main.”

Sedarkah kita dua sumber besar pendapatan negara adalah petroleum dan cukai dari ekspot barangan elektronik buatan kilang-kilang pelabur asing di negara ini? Sedarkah kita kedua-dua sumber ini tidak bertahan lama?

Pelabur asing sudah banyak meninggalkan negara dan yang baru terlalu sedikit yang datang. Sebabnya tidak sukar diketahui. Pertama, kos tenaga yang lebih murah di negara lain terutama bekas negara komunis. Kedua, tidak lagi menjadi kepentingan strategik Barat menggalakkan pelabur-pelabur mereka melabur di rantau ini setelah ketiadaan komunis. Pusingannya sudah berakhir.

Simpanan petroleum kita pun boleh habis bila-bila masa. Ada yang menjangkakan lebih kurang 5 tahun.

Dari mana lagi negara boleh mendapatkan wang dengan cara yang mudah dan terjamin?

Sumber-sumber lain masih ada seperti getah, kelapa sawit dll. Tetapi jumlahnya tidaklah sebanyak minyak dan ekspot barangan buatan kilang pelabur asing.

Sumber-sumber lain seperti biotechnology masih di tahap “cakap-cakap” atau atas kertas. Memandangkan tahap kecekapan orang kita (pemimpin dan rakyat) kita tidak pasti benda-benda baru seperti ini boleh berjaya. Projek-projek yang sedang dilancarkan kini juga masih dikhuatiri keberhasilannya (malah boleh membawa kerugian).

Kemungkinan negara kita akan mengalami nasib seperti negara Filipina adalah sangat besar. Boleh jadi tidak seteruk negara tersebut memandangkan ada perbezaan dari segi beberapa faktor seperti kehadiran “Chinese entrepreneurship” yang besar di negara ini.

Kita mungkin tidak boleh bergantung kepada kerajaan lagi sekiranya mahu terus hidup mewah. Kerajaan tidak mampu lagi membiayai “kemewahan” kita dengan gaji dan elaun yang “bukan-bukan”.

Untuk terus mewah, kita perlu berusaha sendiri dengan jalan menceburi bidang perniagaan. Tetapi, bolehkah? Pandaikah? Beranikah?

Kemunduran ini mungkin tidak berlaku sekelip mata. Ia mungkin memakan masa satu generasi. Mungkin kita terselamat dalam hayat hidup kita.

Yang akan menanggung beban adalah generasi akan datang. Mereka dibesarkan dengan kemewahan, tetapi akan berhadapan dengan kesulitan apabila mereka dewasa. Di manakah mereka mahu mencari pekerjaan untuk meneruskan kehidupan mewah yang mereka telah terbiasa?

Ada dua cara – cara wajar dan cara tidak wajar.

Cara wajar adalah seperti menceburi perniagaan atau berhijrah negara lain yang maju dan mewah dari kita. Tidak ramai yang mampu berbuat demikian.

Cara tidak wajar adalah dengan cara menjual maruah. Juallah apa yang ada. Yang lelaki terlibat dengan aktiviti rasuah, penipuan, pecahamanah, perniagaan haram dll. Yang wanita menjual diri mereka di kelab-kelab malam sebagai GRO dsbnya.

Ini pun sudah berlaku sekarang, kerana inginkan kemewahan. Bayangkan apa akan jadi 10, 20 atau 30 tahun akan datang? Iklan yang meluas di internet oleh wanita-wanita Malaysia (Melayu) untuk perkhidmatan tertentu? Perkhidmatan tertentu dari rumah ke rumah yang lebih terbuka? Sticker-sticker di cermin kereta untuk perkhidmatan tertentu oleh gadis-gadis dan remaja kita?

Apa yang berlaku hari ini mungkin sekadar bayangan.

Renungkanlah.

Thursday, June 19, 2008

Siapa yang Sakit?

Seorang penulis politik yang agak terkenal di tanahir (terutama dengan nujum/ramalannya) telah menulis di dalam akhbar Buletin Rakyat bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tua yang sakit.

Beliau dikatakan sakit kerana terlalu marah dengan pembatalan jambatan bengkuk.

Benarkah ini? Benarkah Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang sakit?

Adakah hanya kerana jambatan bengkok Tun Dr Mahathir menjadi sakit?

Siapakah sebenarnya yang sakit? Tun Dr Mahathir Mohamad atau orang lain?

Kalau mengikut kaedah agama, sesiapa yang dituduh kafir tetapi tidak kafir, tuduhan itu kena balik kepada yang menuduh.

Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad tidak sakit, siapa sebenarnya yang sakit? Yang menulis atau orang (pemimpin) lain?

Saya tidak begitu mengenali Tun Dr Mahathir Mohamad secara peribadi. Tetapi saya dapat membuat penilaian saya sendiri. Saya faham mengapa beliau berbuat apa yang beliau buat. Saya yakin beliau tidak akan sekali-kali berhenti dari apa yang sedang dilakukannya kini. Saya pun akan berbuat demikian sekiranya saya berada dalam kedudukan beliau.

Beliau nampak satu bahaya besar atau satu bencana yang menanti bukan sahaja parti UMNO tetapi bangsa dan negara. Sesuatu sedang berlaku dalam UMNO dan dalam negara. Kalau dulu bangsa dan negara boleh dianggap berada di tepi mulut harimau tetapi telah selamat, hari ini bangsa dan negara bukan sahaja kembali berada di tepi mulut harimau tetapi pada waktu yang sama berada di tepi mulut buaya. Kalau dibiarkan kita tidak tahu siapa yang menelan dahulu, harimau atau buaya. Atau kedua-duanya sekali.

Tetapi masalahnya, ramai rakyat tidak nampak. Rakyat tidak nampak masih boleh dimaafkan. Yang sangat malang, ada juga golongan penulis yang tidak nampak. Mereka sepatutnya nampak perkara ini (samada dengan mata lahir atau matahati) dan menyedarkan golongan rakyat.

Tetapi mereka tidak nampak. Saya tidak tahu mata mana yang tidak nampak. Ahli politik mungkin ada yang benar-benar tidak nampak. Tetapi ada juga yang nampak tetapi oleh kerana pangkat, jawatan, kekayaan buat-buat tidak nampak.

Patutlah bangsa ini ditimpa malang sepanjang sejarahnya. Dua golongan utama kurang boleh berperanan dan kurang boleh diharapkan. Pemimpin yang diharapkan tetapi menjadi seperti “pagar makan padi”. Atau “sokong membawa rebah”.

Golongan penulis pun sama. Kita tidak tahu apa sebabnya benda yang terang yang tidak lagi perlu bersuluh pun mereka tidak nampak. Ada diantara mereka bertindak lebih dari lalang yang mudah ditiup angin. Pendirian berubah-ubah. Semalam sokong orang ini. Hari ini sokong orang lain, benci yang semalam. Esok kembali sokong yang semalam, benci yang hari ini.

Apakah bendanya ini? Layakkah dipanggil penulis?
Jadi, siapakah yang sakit sebenarnya? Tun Dr Mahathir? Atau yang menulis? Atau pemimpin-pemimpin yang lain? Atau siapa?

Tuesday, June 17, 2008

Berjiwa Raja

Kalau pemimpin dari kalangan rakyat berjiwa rakyat, itu BIASA.

Kalau pemimpin dari kalangan raja atau golongan bangsawan berjiwa raja atau bangsawan, itu pun BIASA.

Kalau pemimpin dari kalangan raja atau golongan bangsawan berjiwa rakyat, itu LUARBIASA.

Tetapi, kalau pemimpin dari kalangan rakyat berjiwa raja atau bangsawan, itu MALAPETAKA, DISASTER.

Ini yang sedang terjadi dalam negara ini. Bukan sahaja pemimpin, tetapi rakyatnya pun berjiwa raja.

Pemimpin berjiwa raja tidak akan mendengar suara atau keluhan rakyat. Kehendaknya perlu dipenuhi. Engkar dianggap derhaka. Derhaka maknanya hilanglah segala-galanya.

Rakyat berjiwa raja suka bermewah, berpesta. Budaya hidup mewah semakin menjadi-jadi, termasuklah yang paling malang golongan pendidik dan agama.

Apa hendak jadi dengan bangsa dan negara?

Menanti BINASA.

Sejarah tidak menyebelahi kita.

Thursday, June 12, 2008

Here He Goes Again

“DAP chairman Karpal Singh lodged a police report at the Dang Wangi police station yesterday against Dr Mahathir over what he said were allegations of him threatening judges.” The Star, 12-06-08.

HERE HE GOES AGAIN. Dia buat hal lagi. Tidak habis-habis.

What is this lawyer/politician up to? What is he trying to achieve?

To be a hero?

Or just to score cheap political points?

Come on man! We don’t need this kind of thing. You should know better who is/are our enemy/enemies. You should know better who is/are destroying this country. You are just helping the enemy/enemies.

You are not doing any body a service or a favour. Not Malaysians. Not even the Punjabi community. May be the law community, yes. They seem to like this kind of thing. But definitely you are helping the enemies of the people and the country.

Wednesday, June 11, 2008

Pemecatan Tan Sri Sanusi Junid

Terdapat 2 perkara yang menarik apabila membaca blog Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertama, tentang penyingkiran Tan Sri Sanusi Junid sebagai Presiden UIA. Kedua komen seorang penulis yang menyuruh TDM berehat dari politik.

Yang pertama tentang Tan Sri Sanusi Junid. Saya mengikut juga perjalanan beliau semenjak sebelum menjadi Menteri Besar Kedah lagi. Saya juga faham mengapa diletakkan dan di jawatan itu dan mengapa beliau terpaksa meletakkan jawatan.

Tetapi saya tidak salahkan beliau. Yang salah ialah UMNO dan orang Melayu sendiri.

UMNO memang dipenuhi oleh manusia yang mementingkan diri sendiri walaupun mulut berbuih dengan kata memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Mereka tidak menghargai ketokohan dan kebolehan seseorang.

Tan Sri Sanusi Junid adalah seorang pemikir. Beliau seorang pencari dan pencetus idea. Mana-mana sistem atau parti memerlukan orang begini. Negara memerlukan tokoh begini. Tempat mesti disediakan untuk orang begini. Kita tidak boleh samakan seorang seorang pemikir dengan seorang pelaksana. Dalam ramai-ramai pemimpin mesti ada orang yang berwatak pemikir disamping yang berwatak pelaksana. Dalam Bahasa Inggeris orang begini dipanggil ideologue.

Tapi malangnya UMNO gagal melihat hal ini. Setiap tokoh dalam UMNO hanya hendak melonjakkan diri mereka. Track record sebagai menteri besar contohnya digunakan untuk meraih sokongan. Mampukah seorang yang kelebihannya kepada pencetusan idea bersaing dengan mereka yang berwatakkan pelaksana? Jawapannya sudah tentu tidak.

Ini adalah diantara sebab beliau tersingkir dari jawatan naib presiden UMNO. Calon-calon lain mempunyai track record yang hebat-hebat mentadbir negeri, membawa pelabur asing yang banyak, meningkatkan ekonomi negeri dsbnya. Walaupun semua ini hanyalah untuk jangkamasa pendek.

Walaupun beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah, tetapi pada pandangan saya jawatan itu hanyalah sebagai benteng untuk beliau dari serangan seorang lagi tokoh UMNO yang tidak sabar-sabar mahu berkuasa. Tokoh ini yang sekarang sudah tiada dalam UMNO mahu membunuh karier politik Tan Sri Sanusi Junid. Tokoh ini melalui akbar tertentu tidak habis-habis menyerang beliau. Beliau bukan sahaja berhadapan dengan parti pembangkang, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan golongan tertentu dalam UMNO yang hendak membunuh karier politiknya - sama seperti apa yang dihadapi oleh Datuk Mukhriz Mahathir di Jerlun baru-baru ini.

Saya tidak hairan sekiranya beliau dianggap ‘gagal’ sebagai menteri besar Kedah. Beliau adalah tokoh pemikir, bukan tokoh pelaksana. Tetapi, di dalam UMNO tiada tempat untuknya.

Saya rasa beliau tidak berasa sedih disingkir dari jawatan Presiden UIA. Dia telah buat apa yang dia patut buat – meninggalkan UMNO. Saya tidak hairan samasekali dengan tindakannya keluar UMNO mengikut jejak langkah Tun Dr Mahathir Mohamad. Orang yang ‘membaca’ dan mengkaji sentiasa peka kepada keadaan. Mereka tahu keadaan yang sebenar dan tidak akan menjual maruah kerana jawatan. Tidak seperti sebahagian tokoh dan bekas tokoh politik yang sanggup berbuat demikian.

Tiada apa yang disayangkan dengan jawatan Presiden UIA. Prinsip perjuangan perlu diutamakan. Saya pun tidak nampak apa sangatnya special UIA ini. (Bukan salah atau kegagalan beliau.) Selain ada masjid di tengah kampus dan terdapat pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa, tiada apa yang islamiknya. Kualitinya lebih kurang juga sama dengan universiti-universiti yang lain. Graduatnya tidak lebih islamik dari yang dikeluarkan oleh universiti lain. Tidak terbina jatidiri Islam sebenar yang unggul dalam diri mereka. Kita belum bersedia melaksanakan idea islamik yang sebenar dalam sistem pendidikan kita.

Tiada apa yang dirugikan melepaskan atau disingkir dari jawatan itu. Semuanya prestij sahaja. Saya rasa orang seperti Tan Sri Sanusi Junid tidak perlukan ini.

Perkara kedua ialah komen seorang penulis yang menyuruh TDM bersara, melepaskan urusan politik kepada golongan muda dan berehat sajalah. Hingga dicadangkan TDM berehat di Mekah.

“I hope this person is joking.” Pertama dia tidak nampak apa yang sedang berlaku dalam negara ini. Kalau negara ini di tepi mulut harimau dan mahu dibaham harimau pun dia tidak nampak. Kalau ada musuh depan mata pun dia tidak nampak.

Kedua, konsep ibadahnya yang salah. Saya rasa ramai lagi yang berfikiran begini. Bagi mereka, ibadah itu di masjid, sembahyang, baca quran, cuci lantai masjid dll. Di pejabat, di ladang, di sekolah itu bukan ibadah pada mereka. Pekerjaan itu bukan ibadah. Di medan politik itu bukan ibadah. Menjadi pemimpin itu bukan ibadah. Menegur pemimpin itu pun bukan ibadah.

Segala yang kita buat, sekiranya ada natijah yang baik, memenuhi keperluan manusia/masyarakat/negara/ummah, dibuat dengan niat yang betul, tidak meninggalkan amalan yang lebih utama adalah ibadah. Bukan sahaja ibadah, tetapi boleh jadi jihad.

Dalam kes TDM ini, apa yang beliau lakukan ialah jihad, bukan sekadar ibadah. Beliau nampak kepincangan dalam pemerintahan yang ada. Bukan sekadar kepincangan biasa (yang memang wujud dalam mana-mana pemerintahan/pentadbiran) tetapi satu kepincangan luarbiasa yang boleh membawa padah, bencana, malapetaka kepada bangsa dan negara jika dibiarkan berterusan.

Saya nampak apa yang beliau nampak. Saya rasa ramai juga rakyat Malaysia yang lain nampak. Saya tidak pelik samasekali dengan tindakan beliau ini. Selagi hayatnya beliau diperlukan. Beliau adalah pemimpin dihantar Tuhan kepada orang Melayu dan negara Malaysia. Sepatutnya tiada istilah pencen atau bersara. Sekiranya beliau bersara sekalipun, kepimpinan beliau tetap diperlukan. Pandangan beliau bukan sahaja didengar tetapi diminta.

SELAMAT BERJUANG DAN MENERUSKAN PERJUANGAN KEPADA KEDUANYA – TDM & Tan Sri Sanusi Junid.

Tuesday, June 10, 2008

Penggunaan Bahasa Inggeris

Polemik tentang mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris in pun tidak akan habis-habis.

Yang tidak setuju itu ada dua atau tiga kategori.

Pertama, betul-betul tidak tahu tentang perlunya penguasaan Bahasa Inggeris. Hujah mereka, bangsa lain pun boleh maju tanpa rakyatnya fasih berbahasa Inggeris. Golongan ini masih boleh dimaafkan. Mereka hanya jahil.

Kedua, golongan yang tahu, tetapi ada agenda politik. Mereka ini samada dari kalangan penyokong dan pemimpin parti pembangkang atau sebahagian dari ahli dan pemimpin parti pemerintah sendiri. Mereka menentang semata kerana menentang mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penguasaan bahasa asing atau bahasa luar oleh rakyat negara ini sangat penting. Orang Melayu terutamanya perlu menguasai pelbagai bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin, Bahasa Tamil dll.

Destini (matlamat dan peranan) bangsa kita tidak sama dengan bangsa Jepun, Korea, Jerman, Inggeris, Amerika. Peranan mereka memang semata-mata membangunkan kemajuan dalam bentuk kebendaan (teknonolgi, sains, industri). Kita mempunyai peranan yang lebih besar daripada itu. Peranan kita adalah peranan kemanusiaan, iaitu untuk membawa manusia kepada petunjuk hidup yang benar. Untuk ini bahasa memainkan peranan yang sangat penting.

Memang benar, kalau sekadar ingin maju seperti Jepun atau Korea, kita boleh mencapainya tanpa menguasai Bahasa Inggeris dengan begitu meluas seperti bangsa Jepun, Korea dan Jerman. (Tetapi sebenarnya bangsa-bangsa ini menguasai Bahasa Inggeris melebihi dari yang kita sangkakan.)

Sekiranya kita sedar bahawa Bahasa Inggeris itu perlu dikuasai, tidak ada jalan lain untuk membantu pelajar-pelajar kita untuk meningkatkan penguasaan mereka kecuali dengan memaksimakan penggunaan bahasa ini dalam proses pembelajaran mereka.

Pendedahan dan pengajaran melalui subjek Bahasa Inggeris saja tidak memadai. Berapa jam yang dapat diperuntukkan seminggu? Bukankah jadualwaktu mereka telah padat dengan subjek-subjek lain?

Menggandakan masa yang diperuntukkan dalam kelas sekalipun masih tidak memadai. Ini kerana pelajar-pelajar sudah belajar dengan mencukupi nahu Bahasa Inggeris. Mereka perlu memparktikkan atau sekurangnya didedahkan kepada penggunaannya secara terus (direct). Inilah masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar terutama pelajar-pelajar Melayu. Mereka kurang mempraktikkan bahasa ini di luar kelas.

Pelajar kaum Cina atau India tidak mempunyai masalah untuk mempraktikkan Bahasa Inggeris di luar kelas. Bangsa Cina memang terkenal dengan budaya belajar yang tinggi. Mereka akan mempraktikkan bahasa ini di rumah (dengan ahli keluarga atau kawan). Begitu juga pelajar-pelajar India. Di estet sekalipun terdapat kelompok yang boleh berbahasa Inggeris. Pelajar-pelajar tergalak dan terangsang untuk menggunakan bahasa ini di dalam masyarakat.

Keadaannya berbeda dengan pelajar Melayu. Mereka terlalu malu dan segan untuk menggunakan bahasa ini. Malah tidak kurang juga yang diperli dan disindir jika berbuat demikian. (Kecualilah mereka yang tinggal di bandar-bandar dan datang dari keluarga yang agak terpelajar).

Jadi tiada jalan lain sekiranya kita sedar dan serius ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan generasi muda kita. Mereka perlu didedahkan seluasnya kepada penggunaan bahasa ini. Walaupun ini tidak menjamin mereka boleh bertutur, tetapi sekurangnya mereka dapat menguasai perbendaharaan kata yang lebih luas. Dari Matematik mereka belajar perkataan seperti “diameter”, “circumference”, “raduis/radii”, “volume”, “triangle/rectangle/circle” dll. Dari subjek Sains mereka juga akan terdedah dan belajar perkataan-perkataan yang jarang ditemui seharian.

Sebenar pada hemat saya, pelajar perlu belajar lebih dari dua subjek (Matematik dan Sains) dalam Bahasa Inggeris. Lebih banyak, lebih baik. Tetapi yang boleh dikira ideal ialah ‘separuh-separuh’ – 50% dalam Bahasa Inggeris dan 50% dalam Bahasa Melayu/Malaysia. Daripada 8 subjek, 4 hendaklah diajar menggunakan Bahasa Inggeris. (Sebenar ini telah berjalan bagi mereka yang mengambil aliran Sains. Mereka belajar Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Biologi dan Fizik dalam Bahasa Inggeris.)

Pada pandangan saya ini adalah formula yang terbaik buat masa ini. Bagi mereka yang bukan dalam aliran Sains, dua subjek lain eloklah diajar dalam Bahasa inggeris seperti subjek Geografi dll.

(Mungkin agihan ini boleh diubah satu masa nanti, dengan formula 3:3:3, 3 dalam Bahasa Melayu, 3 dalam Bahasa Inggeris dan 3 dalam Bahasa Arab, apabila perlu.)

Memang tidak dinafikan ini akan ‘menambah beban’ kepada guru-guru. Ia menyusahkan di peringkat awal. Tetapi guru-guru perlu bersikap positif dan optimistik. Ini peluang yang baik untuk mereka juga untuk belajar dan menguasai Bahasa inggeris. Kebanyakan guru-guru hari ini memang kurang boleh menguasai Bahasa inggeris dengan sebaiknya. Ini akan memaksa mereka terus belajar bahasa ini. Budaya belajar sepanjang hayat itu akan bercambah dan hidup dikalangan mereka.

Tidaklah semestinya juga guru-guru terus dikehendaki mengajar 100% menggunakan Bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa campuran boleh dilakukan di peringkat awal. Tetapi buku teks eloklah disediakan dalam Bahasa Inggeris.

Memang tidak wajar kita mengadakan kembali sekolah sepenuhnya dalam aliran Inggeris seperti dahulu. Mengadakan sekolah aliran kebangsaan dan aliran Inggeris akan mewujudkan kembali jurang yang tidak sihat, terutama di antara bandar dan luarbandar.

Saturday, June 7, 2008

Melayu Mudah Lupa dan Tidak Pernah Belajar

MELAYU MUDAH LUPA. ATAU TIDAK PERNAH BELAJAR?

Nampaknya begitulah. Orang Melayu rata-rata tidak pernah belajar. Bukan sahaja tidak pernah belajar, tetapi tidak mengambil pengajaran.

APA BOLEH BUAT. Tunggu sajalah satu demi satu bala menimpa. Sampai tiada apa yang tinggal atau hanya tinggal tanah sekangkang kera.

Pelupa macamana pun bangsa ini janganlah lupakan tarikh-tarikh di bawah ini. Pahatlah ia dalam ingatan kita terutama dalam ingatan golongan pemimpin.

1511 Melaka jatuh ke tangan Portugis hanya selepas 110 tahun.
1784 Kerajaan Melayu Patani jatuh ke tangan Siam.
1786 Pulau Pinang diserahkan kepada Inggeris (Francis Light).
1819 Singapura diserahkan kepada Inggeris (Stamford Raffles)
1874 Perjanjian Pangkor – bermulanya penguasaan Inggeris di tanah besar Semenanjung.
1965 Singapura dilepaskan kepada Lee Kuan Yew.
2008 Kehilangan Pulau Batu Putih.

Bukan sekadar kita kehilangan wilayah sebelum ini. Sekiranya kita terus lupa, kita akan kehilangan lagi.

???? Kehilangan Selatan Johor (Wilayah Iskandar, Iskandar Malaysia atau apa-apa nama)
???? Utara Malaysia (mungkin dituntut oleh jiran sebelah utara)
???? Sabah dan Sarawak (mungkin dituntut oleh jiran sebelah timur)

Disamping tarikh-tarikh di atas, jangan lupa satu lagi tarikh, iaitu 2004. Bukan kerana Tsunami, tetapi pada tahun itulah berlakunya kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang membawa bencana bukan sahaja kepada pembangkang pada masa itu, tetapi juga kepada UMNO, Barisan Nasional dan rakyat serta negara sendiri pada hari ini.

Wednesday, June 4, 2008

Sudah Lupa atau Tidak Pernah Belajar?

Golongan pemimpin kita seolah sudah lupa sejarah.

Atau memang tidak pernah belajar?

Bangsa atau manusia yang tidak belajar dari sejarah atau melupainya pasti akan mengulanginya. Begitulah lebih kurang kata-kata George Santayana, seorang ahli filasafah.

Sejarah malang masa lampau pasti berulang. Kecualilah Tuhan tidak menghendakinya.

Kita atau lebih tepat pemimpin kita sudah lupa atau tidak pernah tahu sejarah sendiri. Boleh jadi tidak pernah tahu, kerana tidak ramai yang mengkaji sejarah masa lalu.

Mengapakah penjajah Portugis datang menakluk Kerajaan Melayu Melaka? Adakah mereka datang semata-mata kerana perdagangan dan untuk menyebarkan agama?

Mengapakah mereka berjaya? Mengapakah kerajaan Melaka tewas dengan mudah? Mengapakah ia runtuh dalam waktu yang singkat?

APAKAH SALAH DAN SILAPNYA BANGSA MELAYU, TERUTAMA GOLONGAN PEMIMPINNYA, YANG MENYEBABKAN INI BERLAKU?

Penjajah datang lagi untuk kali kedua sekitar abad ke 19. Kali ini penjajah British pula menguasai negeri-negeri Melayu yang tertubuh kemudian selepas Melaka, seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Mengapa dengan mudah negeri-negeri Melayu dikuasai mereka?

Mengapakah negeri-negeri Melayu lain di sebelah utara jatuh ke tangan kuasa Siam? Mengapakah dengan mudah luang-luang (pembesar) Siam dapat menewaskan kerajaan-kerajaan Melayu tersebut?

Banyak kita yang mengkaji fakta sejarah hanya nampak kepada kesalahan golongan penjajah yang merampas dan meruntuhkan kekuasaan bangsa kita. Mereka dilihat sebagai puak yang jahat dan bangsa kita dilihat sebagai golongan yang teranianya. Tidak mungkinkah kita yang menganianya bangsa kita sendiri? Tidak mungkinkah golongan pemimpin kita telah melampaui batas dalam urusan pemerintahan?

TIDAK MUNGKINKAH KEDUA ARUS KEDATANGAN PENJAJAH INI ADALAH UNTUK MEMBEBASKAN BANGSA KITA DARI TIIRANI BANGSANYA SENDIRI?

Hari ini kita bebas dan merdeka semula. Selama hampir 50 tahun negara ini diperintah oleh golongan awam di bawah sistem demokrasi. Dalam tempoh yang singkat (50 tahun dari 500 tahun lebih), sudah terdapat tanda-tanda wujudnya KETIDAKAMANAHAN golongan pemimpin bangsa ini. Kepentingan diri/peribadi dengan mudah diletakkan di atas kepentingan bangsa/rakyat/negara.

Dan sudah ada tanda-tanda wujud usaha ke arah mewujudkan satu tirani dalam kepimpinan bangsa ini. Parti yang menerajui pemeritahan negara dan kepimpinan bangsa sedang dalam proses dikuasai oleh golongan tertentu, yang sekiranya berjaya akan menguasai parti dan negara secara mutlak. Satu bentuk tirani baru akan wujud.

Sekiranya di masa lampau bangsa ini diperintah secara mutlak oleh golongan raja, kali ini ia akan diperintah secara mutlak oleh golongan yang bersifat diktator dari golongan awamnya sendiri.

Masih tidak serikkah bangsa ini dengan corak pemerintahan mutlak yang menggigit masa lampau? Sudah tidak serikkah bangsa ini terpaksa dijajah (oleh bangsa asing) untuk membebaskannya dari tirani bangsanya sendiri?

Mahukah ia berada kembali di bawah pemerintahan tiranikal (tyrannical rule), walaupun oleh bangsanya sendiri? Mahukah ia dijajah untuk kali ketiga oleh orang orang luar?

Sekiranya penjajah yang datang dalam dua ombak (1500an dan 1800an) akhirnya keluar akibat suasana/imperatif politik dunia yang menghendaki demikian selepas perang dunia kedua, akan keluarkah penjajah baru ini nanti? Tidak mungkinkah mereka akan kekal selama-lamanya? Tidak mungkinkah kita kehilangan negara ini secara kekal seperti mana kita kehilangan Singapura dan wilayah-wilayah di selatan Thailand?

LUPAKAH KITA TRAGEDI BURUK INI? MAHUKAH KITA IA BERULANG?

Insaf dan berfikirlah. Janganlah kerana jawatan dan wang ringgit, kita sanggup menggadai negara. Generasi yang akan datang akan mengutuk kita. Tuhan akan melaknati kita.

Tuesday, June 3, 2008

Pesanan kepada Pemimpin

Sejarah buruk seperti mahu berulang kembali dengan bangsa ini.

Seolah begitulah yang akan berlaku.

Malah inilah yang akan berlaku jika nasib bangsa ini diserahkan kepada kebanyakan pemimpin yang ada.

TETAPI INI TIDAK AKAN BERLAKU.

Tuhan tidak akan mengizinkannya berlaku. Sekiranya berlaku memang malang semalang-malangnya nasib bangsa ini.

Tragedi penjajahan oleh bangsa Barat masih ada baiknya. Seperti dikatakan oleh Pendeta Za’aba, penjajah itu adalah tentera Tuhan yang menyelamatkan bangsa ini dari tirani bangsanya sendiri.

Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang meletakkan kepercayaan kepada golongan pemimpin mereka. Bangsa ini bukanlah golongan yang gemar memberontak terhadap pemerintah mereka. Pemberontakan itu bukan sebahagian dari watak dan budaya bangsa ini. Sepanjang sejarahnya ia adalah satu bangsa yang taat dan patuh, walaupun diperintah secara kejam dan zalim. Hanya sekali berlakunya regicide (pembunuhan raja), iaitu pada tahun 1699 di mana seorang sultan dibunuh oleh orang kebanyakan.

Tetapi ketaatan dan kepatuhan ini boleh disalahgunakan oleh golongan yang diberi kepercayaan.

Bagaimana sekiranya golongan yang dipercayai tidak amanah kepada kepercayaan yang diberi? Bagaimana sekiranya golongan pemimpin bukan sahaja gagal menjaga kepentingan bangsa, tetapi sanggup mengorbankan bangsa untuk kepentingan sendiri?

Tuhan akan campurtangan.

Tuhan pasti akan campurtangan. Seperti Tuhan campurtangan menyelamatkan Kota Makkah dari tentera gajah Abrahah sebelum kelahiran Nabi Muhammad dahulu. (Memang tidak akan ada burung-burung yang melontarkan batu seperti ketika itu, tetapi Tuhan ada caranya...)

Tuhan tidak akan mengizinkan bangsa ini dikhianati oleh golongan pemimpinnya dan juga golongan unscrupulous politicians (ahli politik tidak bermoral yang tidak teragak berbuat apa saja untuk kepentingan diri mereka). Usaha mereka pasti akan terhalang akhirnya.

Sesiapa yang berhasrat menunggang bangsa ini hingga ke tahap mengkhianatinya pasti akan dihalang Tuhan. Mereka pasti kecundang. Dan mungkin dilaknati oleh Tuhan dan manusia.

Pada keputusan pilihanraya umum baru-baru ini pun sudah ada tanda-tanda campurtangan Tuhan. Sekiranya tidak berlaku apa yang berlaku, sudah pasti agenda golongan tertentu semakin hampir menjadi kenyataan.

Jangan sekali-kali lupa, kita merancang, Tuhan pun merancang. Ada hasrat kita yang diizinkan menjadi kenyataan, tetapi ada perancangan kita secanggih dan sehebat mana pun yang digagalkan. Wang berkapal pun tidak akan bermakna.

Janganlah kita terbawa-bawa oleh kemahuan dan keinginan yang tidak sepatutnya. Apa lagi kemahuan dan keinginan itu membawa bencana kepada bangsa dan negara. Janganlah kita memupuk cita-cita yang tidak sewajarnya. Janganlah kita bercita-cita ingin jadi raja atau “emperor”, seperti Napoleon satu ketika dahulu. Janganlah keinginan kita kepada tahta dan kuasa menyebabkan kita sanggup melakukan apa saja, sehinggakan mengorban dan menggadai negara.

Kembalilah kepada perjuangan mendaulatkan bangsa, negara dan ummah. Gunakan kehebatan kita samada berbentuk material atau bukan-material untuk kebaikan bangsa, negara dan ummah. Bukan untuk ego. Bukan untuk diri, bukan untuk kepentingan peribadi. Bukan untuk lain-lain seperti ingin membina dinasti.

Sunday, June 1, 2008

Kemelut Islam Hadhari

MELAYU OH MELAYU!

Tidak habis-habis kemelut dan polemik politik bangsa ini. Memang bangsa yang belum mencapai kelas satu (atau dua) begini ragamnya. Pertikaian demi pertikaian. Fikirannya berserabut dan keliru. Bukan sahaja keliru tetapi mengelirukan.

Di manakah cerdikpandai-cerdikpandai bangsa ini? Di manakah alim-ulama yang sebenar?
Islam Hadhari baru saja diharamkan di Selangor.

Itu sajakah kebolehan dan kepandaian ahli agama kita – menjatuhkan hukum? Mengharamkan? Memfatwakan orang sesat?

Sebenarnya tidak ada salah pada istilah ISLAM HADHARI.

Islam itu luas. Ada Islam Asas atau Ritual. Ada Islam Perundangan. Ada Islam Spiritual. Ada Islam Hadhari (atau Madani atau Ketamadunan).

Ia hanya merujuk kepada aspek yang berbeza. Seperti juga mazhab fekah. Setiap mazhab itu merujuk kepada pentafsiran yang berlainan terhadap bab yang berkaitan dengan hukum hakam atau fekah. Salahkah dinamakan Mazhab Shafie, Mazhab Hanbali, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki dll?

Begitu juga dengan keseluruhan agama itu. Apa yang diamalkan oleh orangramai hari ini hanyalah Islam yang di peringkat asas sahaja. Kalau diberi nama ia boleh dinamakan Islam Asasi. Atau Islam Ritual. Kebanyakannnya berkaitan dengan pengamalan ibadah fardhuain.

Terdapat lagi banyak tuntutan dan ajaran agama yang lebih tinggi dari ini, yang termasuk dalam bab fardhukifayah.

Antaranya ialah soal kemajuan (atau ketamadunan) dan perundangan.

Disebut atau tidak disebut pun apa yang diperjuangkan oleh PAS hari ini ialah ISLAM PERUNDANGAN. Walaupun mereka mendakwa memperjuangkan Islam yang syumul tetapi realitinya tindakan mereka adalah terhad dan terjurus kepada aspek perundangan iaitu menegakkan hukum di peringkat negara. (Sesuai atau tidak diperjuangkan pada masa ini atau boleh atau tidak diperjuangkan secara berasingan itu satu persoalan lain.)

Begitu jugalah halnya dengan hal-hal yang berkaitan dengan ketamadunan. Buah akhir perjuangan Islam yang sebenar adalah tertegaknya satu tamadun di atas muka bumi ini. Inilah yang pernah berlaku sebelum ini. Perjuangan Islam yang bermula di sekitar tahun 600-700 melahirkan satu tamadun baru dunia. Kemuncaknya ialah di sekitar tahun 1300-1400. Aspek ini kalau diambil secara serpihan boleh dipanggil ISLAM HADHARI. Iaitu mengamalkan ajaran Islam yang melibatkan elemen kemajuan dan menjurus kepada terbentuknya satu tamadun.

Yang salahnya ialah pihak yang mempeloporinya gagal meng’formulate/articulate’ idea hadhari/ketamadunan yang sebenarnya. Ideanya benar, isinya tiada. Ada, tetapi hanya perkara biasa sahaja. Kulit tanpa isi yang sebenar. Setakat 10 prinsip yang diketengahkan itu belumlah boleh dikatakan prinsip hadhari/ketamadunan. “There is nothing special and nothing civilisational about it.” Tidak ada yang istimewanya. Tidak ada apa yang dikatakan hadhari.

Selain kelemahan dari segi ‘formulation/articulation’ idea tersebut, terdapat kecenderungan oleh pihak yang mempeloporinya menggunakannya untuk tujuan politik - mempolitikkannya. Di sana-sini dilaungkan istilah ini. Dibangunkan ‘billboard-billboard’. Di adakan seminar-seminar tentangnya. Diadakan Perkampungan Hadhari. Dan dikaitkan pula Islam Hadhari itu dengan ciptaan atau ilham seseorang pemimpin.

Tetapi orang tidak nampak apa-apa. Tidak memberi apa-apa panduan. Kalau dikaitkan dengan kemajuan, sebelum ini pun sudah ada kemajuan. Sudah ada agenda kemajuan. Agenda kerajaan sejak dari dulu lagi pun memang membangunkan kemajuan. Jadi apa istimewanya Islam Hadhari?

Ada. Tetapi tidak ramai orang yang nampak. Apa yang diperkatakan hanyalah kulitan (kulit-kulit) sahaja. Isinya tiada.

Walaupun tidak sempurna ‘articulation/formulation’ idea ini, tetapi ia tetap idea yang benar. Ini yang menyebabkan pihak pembangkang (PAS) menjadi tidak senang.

Islam Hadhari yang sebenar (bukan sekadar yang diketengahkan setakat ini) adalah penghayatan Islam di tahap lebih luas dan lebih tinggi selepas Islam Asasi/Ritual. Ini bertentangan dengan agenda PAS yang menjadikan penegakan Negara Islam (Perundangan Islam) matlamat perjuangannya.

Inilah saya rasa punca utama PAS menentang idea ini habis-habisan. Ia memfatwakan bahawa Islam Hadhari itu satu ajaran baru Islam yang sesat dan menyesatkan.

Inilah kesannya kalau kita tidak ikhlas mencari kebenaran. Lebih parah sekiranya kita telah tersasar dari segi pemikiran. Sekiranya kita ikhlas, kita akan nampak duduk sebenarnya sesuatu perkara dan bersedia membetulkannya. Tetapi jika sendiri pun ada kepentingan politik, kita akan menggunakan otoriti kita sebagai golongan yang alim tentang agama dan mengeluarkan hukum dan fatwa yang tidak sewajarnya.

P.S.
Sebenarnya istilah Islam Hadhari ini telah digunakan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri lagi. Seorang tokoh agama, kalau tidak silap saya Datuk Hj. Mohd Nakhaie Hj. Ahmad telah membentangkan satu kertaskerja yang menyebut perkara/istilah ini di seminar Malaysia Negara Islam di Shah Alam. Tetapi idea ini telah di”hijack” dan dijadikan satu agenda politik negara.

Saturday, May 31, 2008

Melayu dan Buzzword

Katakanlah seorang guru/pensyarah bertanya kepada seorang pelajar/siswa IPT, “Apakah MODAL INSAN?”

Apakah jawapan pelajar tersebut?

“MODAL INSAN itu apa ya...?” “Oh ya, MODAL INSAN itu HUMAN CAPITALlah, encik/puan.”

Dan bila ditanya pula apakah HUMAN CAPITAL, jawabnya, “HUMAN CAPITAL itu MODAL INSANlah.”

Itulah jawapannya. MODAL INSAN=HUMAN CAPITAL, HUMAN CAPITAL=MODAL INSAN.

Tidak usahkan pelajar, guru dan pensyarah pun akan kesukaran memberi jawapannya yang betul. Mungkin memberi jawapan yang sama. Sebabnya? Sebabnya ramai yang tidak faham. Ramai yang macam burung kakaktua saja.

Itulah keadaannya masyarakat kita terutama orang Melayu.

Sangat gemar kepada buzzword (kata-kata berbunyi hebat). Bermula dari ANJAKAN PARADIGMA. Kemudian GLOBALISASI. Kemudian MODAL INSAN. Kemudian MINDA KELAS PERTAMA. Kemudian TOWERING PERSONALITY. Lepas ini entah apa lagi.

Dalam masa yang singkat ia jadi lapuk. Dilupakan saja. Apa faedah pun tidak ada. Jangan-jangan orang yang mempeloporinya pun tidak faham. Jumpa dalam buku mana-mana atau terdengar dalam seminar mana-mana.

Bunyinya gah. Orang kampung tercengang mendengarnya. Hebat bunyi seperti kita serba tahu.

Tetapi segalanya samar dan kabur. Bila sama dan kabur tiadalah tindakan. Akhirnya jadi hiasan dalam ucapan semata-mata. Dari yang pegawai kerajaan tertinggi sampailah ke pegawai yang terbawah, bercakap tentang MODAL INSAN. Bukan sekadar MODAL INSAN, tetapi MODAL INSAN KELAS PERTAMA. Apa maknanya? Berapa kerat yang tahu?

Tahu-tahu diri masih lagi MODAL INSAN KELAS TIGA. Itu pun boleh tahan, mungkin juga kelas empat atau langsung tiada kelas.

Inilah satu kesan tidak membaca. Benda macam ini tidak diajar dalam kelas atau kursus di mana-mana. Kalau ada pun dalam buku. Kalau buku tidak baca (memang majoriti guru/pensyarah dan golongan pemimpin tidak membaca bahan yang dikategorikan MINDA), mana hendak tahu. Jadi orang MODAL INSAN kita pun MODAL INSAN. Orang bercakap MINDA KELAS PERTAMA, kita pun bercakap MINDA KELAS PERTAMA.

Sedih bukan?

Memang menyedihkan. Benda-benda lain canggih-canggih. Rumah, kenderaan dan lain-lain semua hebat dan canggih. Tapi fikiran/pemikiran?

Apa bezanya orang yang yang menghafal sebutan dengan seekor burung kakaktua? Anda sendiri tahu jawapannya – TIADA.

Friday, May 30, 2008

Read this Book

We have so many reasons to hate others. Either on an individual basis or a race hating another race. We can find a thousand and one reasons if we want to.

The Malays have plenty of reasons to hate the Chinese and the Indians. So do the Chinese and the Indians, they can find plenty of reasons to do likewise.

But will it end? We may not hate each other to the extent of ending up killing and annihilating (destroying) each other. But the lack of harmony and cooperation among the races may result in unnecessary tension and discord in our society and country. More than that, it will hamper the realisation of our common destiny.

If only we can find a reason or two to like others, life would be different. Amazing things can happen. This country would be an amazing place to be on this planet. It would be the envy of others. Life would be wonderful. Everybody would be glad to be a citizen of this country. Nobody wants to a citizen of another country. Everybody would give everything to be part of this wonderful society. Surely, this is what God wants and expects from us. Isn't it?

Surely there are good reasons for the Malays to appreciate the presence of other races in this country as there are many reasons the Chinese and the Indians to like the Malays.

One starting point could be not to focus on others’ weaknesses, but instead to focus on our own. Every race has it’s own weaknesses, which they tend to overlook. Or pretend the weaknesses just don’t exist. Or as a result of over-focussing on the weaknesses of others, we are blinded not just to our own weaknesses but also to our flaws (more serious weaknesses).

For this reason, everyone should read this book. Every Chinese especially the politicians from both sides of political divide and academicians should read this book. Every Chinese student should read this book.

I am sure that some of them have come across this book before. I bought this book in the early 90s. I read it once and am reading it again for the second time. I find this book very enlightening and illuminating.

By reading this book a non-Chinese can understand the Chinese better. Knowing their history and culture helps us understand their current situation. It will surely develop sympathy for whatever shortcoming they might have. Yes, they have shortcomings too. Some are quite serious.

Unfortunately there is no similar book for the Malays and the Indians. No The Ugly Malay or The Ugly Indian in print, although more advanced races like the Japanese and the Americans have one. (I have yet to get hold of The Ugly American and The Ugly Japanese and hope to do so. So far cannot be found at any major bookstore in this country.)

Hopefully someone will be brave enough to write The Ugly Malay and The Ugly Indian. Even The Ugly Punjabi should be written. It would surely go a long way to enhance understanding among the major races in this country.

By learning and accepting our weaknesses and others’s we can become more humble and more tolerant in our ways. Not only we can focus on mending our ways but we can also start helping others (other races) to succeed using our strentghs. Helping others is also a way to help ourselves.

Only then we can truly cultivate the win-win mentality to replace the current zero-sum game mentality which is inhhibiting our path to achieve true racial harmony in this country and to realise our common destiny.

Our destiny is together. The sooner we realise this the better. Instead of one race battering or condemning the other, we should be helping each other with our strengths.
This way, God will help us. He will help us to overcome our weaknesses which we ourselves find it hard to remedy. (He may even remove the curse on some of the races.) Each race will become strong. We need every race to be strong, to be the best that they can be. Combine together, the result will be awesome (impressive) - Malaysia would be a truly unique place, never seen before in history.
In short we need to help ourselves (our own people) and help others (other people). By doing this we are helping ourselves in ways that produce amazing results we can never iamgine. Before that we should look at our own weaknesses (and close our eyes to the weaknesses of others) and do something to fix it.

Wednesday, May 28, 2008

Giving Up NST

Today is another sad and difficult day for me, personally.

I experienced the same thing about 20 years ago when I decided to quit smoking.

Today I have decided to quit buying and reading New Straits Times. Yes, I am quitting reading NST, the paper that I have read for almost 36 years. The paper has really disappointed me.

I have been a reader since I was about 14 years old. In those days, I used to buy NST once a week (normally on Saturdays). I used it basically to learn English. As a kampong boy, I think it was quite extraordinary, I saved some of my pocket money from Monday to Friday, and on Saturdays I boarded the bus to town to buy NST. The money saved was just enough for bus fare (30 sen) and the paper (20 sen) - nothing else.

The whole paper was enough for me for the week. It took me ages to finish one piece of news since I have to keep looking up in the dictionary for the meaning of almost every other word.

Except when I was not in the country (1977-82), NST is always the paper for me. It is a must. So you can understand how I became attached or addicted to it. The day would not be the same without NST. It's like being addicted to one brand of cigarette.

But lately, it is really becoming sickening to me to see this paper has become “so bad” and "so disgusting" in it’s reporting.

After reading two consecutive articles written by a writer with the name of Syed Nadzri (one in New Sunday Times and the other in New Straits Times) I decided to call it quit. One article is about TDM shooting himself in the foot by quitting UMNO, the other is praising a former politician for coming up with expressions such as “thorn in the flesh” and “silent elegance”.

Actually I have thought about giving up buying and reading this paper long time ago. But these two articles really broke the camel’s back.

I realize that moneywise, NST won’t suffer anything as a result of my personal boycott – what is RM1.20 a day? But to me it’s a loss of confidence in one of the great institutions in the country.

Now, I have decide to buy and read The Star, which I think lately is quite fair in it’s reporting and is not a personal tool of anybody.

P.S.
Actually I am quite suspicious of any Malay who identifies himself only by his name, without the ‘bin’ or the ‘binti’. (What’s wrong with his/her father’s or family’s name? Is there something to hide?) And there are good syeds in this world and in this country (they mean well for the people and the country), but not everyone of them...

Sunday, May 25, 2008

Tidak Menghargai Pemberian Tuhan

Bangsa yang malang tidak tahu menghargai pemberian Tuhan.

Ia keliru diantara anugerah dan bala.

Malanglah bangsa begini. Sungguh malang. Tapi ia tidak menyedarinya.

Tetapi bencananya tidak kelihatan serta-merta. Ia akan muncul kemudian hari.

Sejarah telah membuktikan beratus tahun (mungkin beribu sebenarnya), bangsa ini ditimpa malang.

Pemimpin yang baik – berwawasan, komited, kompeten adalah anugerah Tuhan kepada sesuatu bangsa dan umat.

Ia tidak datang selalu.

Sebaliknya pemimpin yang buruk adalah ‘bala’ dari Tuhan.

Keadaan sesuatu bangsa itu akan menentukan jenis pemimpin yang dimiliki. Bangsa yang ‘buruk’ akhlaknya akan memiliki pemimpin yang ‘buruk’ akhlaknya. Bangsa yang tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri akan melahirkan pemimpin yang demikian. Pemimpin berkenaan akan terus memburukkan lagi keadaan.

Walau bagaimana pun Tuhan tetap akan mengurniakan sesekali pemimpin yang baik untuk bangsa berkenaan. Sebenarnya bangsa ini sangat beruntung kerana dalam masa yang singkat dikurniakan dua orang pemimpin yang demikian – Tun Abdul Razak Husin dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin yang baik itu bukan sahaja berguna semasa ia menjawat jawatan. Ia tetap berguna dan dihargai selepas itu. Sepatutnya pemimpin yang demikian tidak wajar bersara dari jawatan. Hanya kesihatan yang tidak mengizinkan dan ajal yang sepatutnya menentukan.

Memimpin sebuah negara tidak sama dengan mengurus sebuah jabatan. Seseorang pengurus memang mudah ditukarganti. Seorang pemimpin (yang baik) adalah anugerah Tuhan seumur hidupnya. Ia perlu berkhidmat selagi ia mampu. Ia diperlukan seumur hidupnya.

Sekiranya ia terpaksa melepaskan jawatan, sumbangannya masih tetap diperlukan. Pandangannya perlu didahulu dan diutamakan.Bukan sekadar didengar tetapi dipinta.

Tugasnya sangat besar. Membetulkan seribu satu kesilapan masa lampau. Mengangkat kembali bangsa yang telah jatuh. Membina kembali keyakinan diri yang telah ranap. Memimpin mereka kembali berjalan dan berlari maju ke hadapan.

Tetapi, bangsa yang malang tidak menyedari dan menghargai hal ini. Mereka memilih pemimpin ikut suka. Ikut rasa. Ikut kepentingan. Ikut kefahaman yang sempit dan keliru. Ikut segalanya kecuali ilmu yang benar.

Pemimpin yang salah dilantik. Pemimpin yang memudaratkan dipertahankan.

Musibahnya kepada bangsa dan negara berbagai.
Sejarah malang seperti akan berulang lagi.

Saturday, May 24, 2008

Melayu Bangsa yang Malang

MELAYU satu bangsa yang malang.

Beratus tahun dibawah kuasa pemerintahan mutlak samada oleh pembesar bangsa sendiri atau penjajah.

Zaman keagungannya pun (zaman Kesultanan Melaka) bertahan lebih kurang 100 tahun sahaja, diantara yang terpendek dalam sejarah kerajaan di dunia. Empayar Monggol yang ganas dan tidak bertamadun itu pun bertahan lebih lama.

Memang bangsa ini tidak pernah belajar dari sejarah. Peristiwa pahit masa lampau itu dilupakan sahaja dan dibiar berulang kembali.

Sukar untuk mengetahui apa yang berlaku di masa lalu yang menyebabkan bangsa ini ditimpa tragedi malang. Tetapi melihatkan kepada tindak-tanduk golongan pemimpinnya dan sebahagian rakyatnya hari ini, sangat tidak menghairankan perkara yang lampau itu berlaku.

Zaman kebebasan (demokrasi) di mana rakyat (orang awam) berkuasa mungkin tidak bertahan lama. Sudah terdapat tanda-tanda sejarah buruk dan ngeri akan berulang. Bukan negara dijajah oleh penjajah luar (neo-colonialism itu belum pasti berjaya), tetapi ia diperintah oleh bangsanya sendiri di bawah satu bentuk pemerintahan yang mencengkam dan memudaratkan.

Musuh bangsa ini jelas bukan orang luar, tetapi dirinya sendiri.

Golongan pemimpin yang mengecewakan – bukan berkorban untuk bangsa dan negara tetapi sanggup mengorbankan bangsa dan negara untuk kepentingan diri.

Golongan agama yang tidak berperanan – bukan menjadi rahmat kepada manusia dan alam, tetapi sebaliknya mendapat/mengambil rahmat dari manusia dan alam.

Golongan awam (rakyat) yang bukan sahaja tidak boleh diharapkan berjuang melawan musuh, tetapi mereka adalah musuh mereka sendiri.

Nampaknya sejarah buruk sedang berulang di depan mata kita. “History is being played out infront of our eyes.”

Samada seperti di tahun-tahun 1890an ketika penjajah mula mendarat dan bertapak di negara ini, hanya segelintir orang yang sedar, dan bangkit menentangnya. Kebanyakannya samada tidak sedar atau bersekongkol dengan pihak penjajah.

Samada seperti di awal pemerintahan khalifah Islam, Muawiyyah mempunyai agenda untuk menyerahkan kuasa kepada anaknya Yazid. Walaupun ditentang oleh sebahagian orang Islam, tetapi disokong oleh sebahagian yang lain. Akhirnya agenda itu berjaya, berakhirlah sistem demokrasi Islam dan bermulanya sistem pemerintahan warisan.

Atau pun seperti ketika naiknya Presiden Marcos di Filipina dan akhirnya menjadi diktator negara itu.

Babak-babak seperti ini sedang berlaku di depan mata kita.

Adakah kita sedar?

Di waktu penjajah mula menguasai negeri-negeri Melayu dahulu hanya terdapat beberapa kerat pembesar Melayu yang sedar dan bangkit menentang. Diantaranya ialah Mat Kilau bin Imam Perang Rasul di Pahang.

Diwaktu ini pun keadaan yang sama berulang. Berapa ramai pemimpin yang sedar bahawa negara sedang berada di ambang malapetaka yang besar, lebih besar dari penjajahan dahulu?

Selain dari Tun Dr. Mahathir Mohammad, berapa orang pemimpin yang sedar? Berapa ramai tokoh agama yang sedar?

Kalau pun mereka sedar, adakah mereka sanggup mengenepikan kepentingan diri untuk mempertahankan kepentingan bangsa dan negara?

Penjajahan oleh pihak Barat dahulu masih membawa kebaikan kepada bangsa dan negara ini (sekurangnya ia membebaskan kita dari sistem feudal), tetapi sekiranya negara ini jatuh ke tangan golongan yang tidak layak dan tidak berhak, hanya malapetaka yang tidak berkesudahan menanti.

Friday, May 23, 2008

Mengapa Kita Mesti Bersama TDM

Kita sepatutmya berteimakasih kepada TDM dan bersyukur kepada Tuhan kerana ia masih berada bersama kita.

Bukan sahaja kita memerlukan beliau sebelum ini sebagai pemimpin, tetapi kita memerlukan beliau sekarang untuk menyelamatkan bangsa dan negara ini dari satu malapetaka yang sangat besar.

Ramai diantara kita tidak menyedari bahawa negara ini berada di ambang malapetaka politik yang sangat besar.

Banyak orang mengetahui kewujudan individu tertentu dalam UMNO dan individu ini sangat berpengaruh dalam urusan pemerintahan negara. Di sana-sini orang bercakap tentangnya. Dan kebanyakan (hampir semua) orang sedar akan keburukannya.

Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa individu ini boleh membawa malapetaka kepada bangsa dan negara suatu hari nanti, jika dibiarkan terus mengukuh kedudukan dan berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Umpama kuman yang menyebabkan kanser, ia bermula kecil. Tetapi tidak seperti kebanyakan benih penyakit lain, benih kanser akan cepat membesar dan dalam masa yang singkat ia akan merebak keseluruh anggota dan akhirnya membunuh.

Sebagai seorang doktor, TDM sangat peka hal seperti ini. Sebagai seorang tokoh pemimpin dan politik, beliau nampak penyakit yang sama yang menghinggapi tubuh badan parti dan bangsa. Beliau boleh melihat apa yang bakal berlaku suatu hari nanti kepada politik dan kepimpinan negara ini jika kuman penyakit ini dibiarkan merebak.

Sebab itulah beliau begitu bersungguh-sungguh dan kelihatan “desperate” untuk melakukan sesuatu untuk membenteras kanser yang bakal menjahanamkan kalau pun tidak membunuh bangsa dan negara ini.

Sebab ini jugalah kita sepatutnya bersama beliau.

Sedarlah bahawa perkara ini adalah real. Real seperti detik dan ketika penjajah-penjajah mula-mula mendarat di pantai negara ini lebih kurang 150 tahun yang lepas. (Ketika itu kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh pemerintah dan rakyat negara ini.) Tetapi sekarang jelas ramai diantara kita berada dalam keadaan tidak sedar. Ramai tidak sedar bahawa negara ini sedang dalam proses di”hijack” oleh golongan tertentu. Banyak yang menganggap ini perkara biasa atau ini adalah masalah UMNO yang perlu diselesaikan oleh UMNO sendiri. Parti pembangkang pun mengambil pendirian tunggu dan lihat dan merasakan ini adalah kesempatan yang boleh di’exploit’ untuk kepentingan mereka.

Sebenarnya tidak. Ini akan menjadi tragedi bangsa kita. Malapetaka ini akan menimpa semua orang, semua golongan dan semua parti/kumpulan. Dan yang akan menanggung derita yang lebih besar ialah generasi akan datang.

Seluruh rakyat negara ini tidak kira kumpulan dan fahaman masing-masing perlu bersatu di belakang TDM dalam hal ini.

Bersatulah sebelum nasi menjadi bubur. Janganlah tragedi-tragedi malang yang menimpa bangsa ini sejak beratus tahun yang lalu berulang lagi.

Thursday, May 22, 2008

Mengapa TDM Keluar UMNO

Banyak orang masih tidak faham mengapa Tun Dr Mahathir Mohammad meninggalkan UMNO.

Terdapat pelbagai reaksi. Baik dan tidak baik. Sopan dan tidak sopan. Benar dan salah. Ada yang tidak layak keluar dari mulut orang yang bergelar pemimpin (atau bekas pemimpin).

Diantaranya menuduh beliau “buat hal” dan menyusahkan parti dan bermacam lagi. Ada juga yang menyatakan beliau mempunyai agenda peribadi.

Tetapi kenyataan begini datangnya dari golongan orang yang memang “bermusuhan” dengan beliau dan juga orang yang tidak tahu keadaan sebenarnya yang sedang berlaku dalam negara ini.

Sesuatu sedang berlaku dalam negara ini. “Something is taking place.” Sesuatu yang sangat merbahaya dan memudaratkan, bukan sekadar kepada UMNO, tetapi kepada negara.

Di dalam UMNO terdapat ‘a monster in the making’. “A monster in the making’ ini akan menjadi malapetaka kepada bukan sahaja UMNO sendiri tetapi kepada negara dan rakyat dan juga kepada parti-parti politik lain sekiranya ia berjaya memegang tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti.

Saya tidak perlu sebut siapa ‘a monster in the making’ ini.

Kita tidak mahu orang-orang yang berwatak Napoleon atau Marcus menguasai politik dan pemerintahan negara ini. Kedua-dua tokoh ini membawa malapetaka kepada bangsa dan negara masing-masing.

Napoleon jenis gila kuasa, “power for the sake of power”. Ia akan melakukan apa saja untuk berkuasa, walaupun menggadai negara ini kepada kuasa luar.

Marcus jenis sapu bersih, Mr 10%.

Pemimpin jenis Marcus ini kalau kalau berjaya naik akan menggunakan wang secara extensive dan besar-besaran (seperti yang tidak dilihat sebelum ini). Segala-galanya akan berubah. Segala-galanya akan rosak. Parti akan rosak, sistem politik akan rosak, negara akan rosak. Pemilihan UMNO tidak berguna lagi. (Hari ini pun sudah tidak berfungsi lagi.) Sistem demokrasi pun tidak berguna lagi. Parti pembangkang tidak berguna lagi. Pilihanraya akan hanya menjadi formaliti.

Jadi, adalah menjadi tanggungjawab setiap orang berbuat apa yang boleh supaya ‘a monster in the making’ ini terhenti langkahnya dan tersingkir dari kepimpinan negara. Bercakap saja, seperti yang dilakukan sekarang tidak memadai. Sekurang-kurangnya fahamkanlah tindakan Tun Dr Mahathir Mohammad ini.

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohammad ini adalah ke arah menyingkirkan “a monster in the making” ini.

Ramai orang tidak pernah sedar bahawa bangsa dan negara kita pernah berada di ambang bahaya yang sangat besar, tetapi terselamat. Kali ini ia berada di ambang bahaya yang lebih besar – MALAPETAKA.

(Bacalah kembali kisah Muawiyyah menyerahkan kuasa kepada anaknya Yazid. Inilah diantara gunanya kita belajar sejarah, bukan untuk peperiksaan. Yazid ini bertanggungjawab ke atas kematian Saidina Hussein, cucu Nabi Muhammad di Karbala dan pernah menggempur Ka’bah. Penyerahan/peralihan kuasa dari Muawiyyah kepada Yazid inilah yang membunuh sistem musyawarah dalam pemilihan pemimpin Islam.)

Wednesday, May 21, 2008

Kelompangan Ilmu

Kita bukan sahaja KETEMPANGAN ilmu tetapi KELOMPANGAN ilmu. Inilah yang menjadi punca kepada KEPINCANGAN masyarakat dan bangsa kita.

TEMPANG bermakna ilmu yang kita miliki ini ada cacat-celanya – kurang berkat dan kurang bermanafaat. Diantara sebabnya ialah niat belajar yang tidak betul, niat orang mengajar yang tidak betul, kemaksiatan (zahir dan batin) ketika belajar, ilmu yang tidak diamalkan dan belajar tidak habis.

LOMPANG bermakna terdapat ilmu yang kita perlukan tetapi tidak kita pelajari. Ia tidak diajar samada di dalam pendidikan formal atau tidak formal. Ia tidak diajar sekolah/IPT dan tidak juga diajar di rumah, madrasah dll. Kecualilah seseorang itu membaca. Ia hanya boleh dimiliki melalui pembacaan setakat ini.

Tetapi, berapa ramai diantara kita yang membaca? Kalau membaca pun, adakah kita membaca bahan yang betul? Tidak ramai. Yang membaca tidak membaca bacaan yang betul.

Di manakah terdapatnya KELOMPANGAN itu?

Secara kasarnya ilmu dibahagikan kepada dua kategori – fardhuain dan fardhukifayah. Ilmu fardhuain adalah untuk kegunaan sendiri, manakala ilmu fardhukifayah adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat.

Tetapi sebenarnya kedua-dua kategori ilmu ini ada pecahannya lagi, iaitu:

Ilmu fardhuain - UMUM & KHUSUS
Ilmu fardhukifayah - UMUM & KHUSUS

Ilmu fardhuain yang kita pelajari dan diajari sebelum ini adalah terdiri dari yang UMUM, iaitu ilmu mengenai Rukun Islam dan Rukun Iman. Ia juga berkaitan dengan ilmu untuk ibadah asas yang difardhukan. Termasuk juga ilmu untuk mengenal Tuhan.

Kita tidak diajar ilmu fardhuain yang KHUSUS.

Manakala ilmu fardhukifayah yang kita pelajari sebelum ini adalah terdiri dari yang KHUSUS iaitu ilmu yang berkaitan dengan bidang pekerjaan seseorang, yang menyumbang kepada keperluan masyarakat (sepatutnya, tetapi hari ini tujuan utama ialah untuk diri sendiri, sumbangan kalau adapun hanyalah secara kebetulan sahaja, ia menjadi ilmu fardhuain sebenarnya). Contohnya ialah ilmu perguruan, kedoktoran, pertukangan, pertanian, teknologi, kejuruteraan, perikanan dll.

Kita hampir tidak diajar ilmu fardhukifayah yang UMUM.

KELOMPANGAN wujud pada ilmu fardhuain KHUSUS dan ilmu fardhukifayah UMUM.

Selain ilmu fardhuain umum (tentang asas agama), setiap orang perlu memiliki ilmu fardhuain khusus iaitu pengetahuan tentang dirinya sendiri. Seseorang perlu memiliki pengetahuan mengenai MISI (peranan khusus/istimewaa) dan NILAI hidupnya. Ilmu ini bukan sahaja tidak diajar di mana-mana, malah tiada guru atau tokoh yang mempeloporinya. Dan terlalu sedikit orang yang memilikinya.

Kesannya, kebanyakan kita hanya sedar MISI dan NILAI hidup kita secara umum sahaja.

Selain dari ilmu fardhu kifayah khusus (ilmu untuk pekerjaan dan untuk masyarakat), kita perlu memiliki ilmu fardhukifayah umum, iaitu diantaranya ialah POLITIK & KEPIMPINAN, SEJARAH & TAMADUN, VISI & PERJUANGAN BANGSA/UMAT dll. Dan termasuk juga apa yang hari ini disebut MINDA.

Kita hampir tidak belajar dan diajar tentang POLITIK & KEPIMPINAN. Ia tidak diajar di mana-mana. (Ada diantara kita yang belajar apa yang dipanggil SAINS POLITIK. Tetapi bukan ini yang dimaksudkan. Belajar POLITIK sebenar bermakna memahami langkah-langkah untuk membangun dan mentadbir sesuatu masyarakat, bangsa dan umat kita.)

Kita mungkin juga belajar tentang SEJARAH & TAMADUN, tetapi pengajian kita adalah berbentuk akademik (untuk mendapatkan kelayakan, pekerjaan) bukan untuk mendapatkan kefahaman dan panduan.

KETEMPANGAN dan KELOMPANGAN ilmu inilah yang menyumbang besar kepada KEPINCANGAN masyarakat, bangsa, negara dan umat kita hari ini.

Keadaannya boleh di ringkas seperti berikut:

ILMU FARDHUAIN I (UMUM – Asas Agama seperti Rukun Islam dan Rukun Iman). Boleh dikatakan diajar tetapi ada kekurangan seperti kita gagal dididik untuk mengenal Tuhan. Keadaannya masih TEMPANG.

ILMU FARDHUAIN II (KHUSUS – Misi/Visi, Nilai Hidup). Kita sekadar diajar nilai yang dikongsi bersama seperti yang diajar di sekolah, tetapi tidak dibimbing untuk mengenalpasti nilai yang unik pada diri kita. Konsep Misi (Peranan Istimewa) tidak diterokai langsung. Ini adalah LOMPANG yang pertama.

ILMU FARDHUKIFAYAH I (UMUM – Politik & Kepimpinan, Sejarah & Tamadun, Visi & Perjuangan Bangsa, Minda). Terlalu sedikit yang dipelajari dan yang diajar. Ini adalah LOMPANG yang kedua.

ILMU FARDHUKIFAYAH II (KHUSUS – Berkaitan dengan pekerjaan). Setiap orang boleh dikatakan memiliki ilmu untuk ini, tetapi belum tentu ilmu itu yang sesuai dengan bakat dan kebolaehannya. Belum tentu ilmu ini digunakan sepenuhnya untuk kebaikan masyarakat. Keadaannya masih TEMPANG.

Apabila digalakkan kita membaca, tumpuan utama sepatutnya ialah pada ilmu yang kita masih LOMPANG, bukan sekadar yang masih TEMPANG. Kerana ilmu ini tidak diajar di mana-mana dalam sistem pendidikan formal atau tidak formal, ia hanya boleh didapati melalui inisiatif pembacaan.

Oleh itu kita perlu membaca tentang politik dan kepimpinan, sejarah dan tamadun serta perlu memahami hal-hal dan isu-isu yang berkaitan dengan bangsa/umat kita – masalampau, masadepan dan perjuangannya di abad ke 21 ini.

Kita juga perlu membaca tentang misi/visi hidup dan nilai diri peribadi. Ratusan judul buku/bahan seperti ini diterbitkan di negara Barat dan boleh dimiliki di kedai buku di negara ini. Malangnya tidak ramai orang kita yang mengetahuinya dan membacanya. Lebih malang lagi hampir tiada buku seperti ini diterbit di negara ini. (Ini pun kelemahan orang, penulis dan pakar motivasi kita.)

Setakat ini bacaan kebanyakan orang kita tertumpu kepada novel-novel (saya pun tidak tahu di dalam kategori mana ia diletakkan) dan buku-buku agama yang berkaitan dengan ilmu fardhuain umum. Memang ada yang membaca yang lain, tetapi jumlahnya terlalu sedikit dan bahannya pun mungkin kurang relevan dengan keperluan.

Tuesday, May 20, 2008

Kejahilan Tentang Kepimpinan

Apabila kita sakit, kita berjumpa doktor atau pakar perubatan. Kita dengar dan akur keputusan mereka. Jarang-jarang kita memandai-mandai dalam hal ini.

Kita tahu had ilmu kita. Hitam kata mereka, hitamlah. Putih kata mereka, putihlah. Bedah kata mereka, bedahlah. Potong kata mereka, potonglah.

Sekiranya sakit itu serius, kita mungkin minta pandangan kedua, itu pun juga dari golongan pakar.

Tetapi berbeza dalam hal politik dan kepimpinan. Sejahil-jahil kita pun nampaknya sangat pandai. Semua orang serba tahu. Tidak perlu kepada pandangan pakar lagi. Seorang tokoh dalam bidang ini sama saja dengan seorang yang boleh dikatakan tidak tahu apa-apa. Seorang “Dr. Mahathir” sama dengan seorang “Pak Pandir”.

Malangnya yang rasa serba tahu dan semua tahu ini, tidak tahu apa-apa. Apa yang dikatakan pandangan itu sebenarnya hanyalah ‘perasaan’. Mereka bertindak bukan atas dasar ilmu tetapi ikut rasa.

Rasa ini pun biasanya adalah rasa yang mudah dirasok atau dicocok, tanpa disedari. Terutama oleh golongan berpengaruh dalam masyarakat.

Inilah malangnya bangsa yang tiada budaya ilmu. Ilmu dituntut sekadar untuk pulangan kebendaan (wang, pangkat, kedudukan). Selain itu ilmu tidak dihargai – tidak dicari dan digunakan dalam membuat pertimbangan.

Politik dan kepimpinan itu adalah satu bidang. Ia mempunyai ilmunya sendiri. Bukan ikut sedap rasa. Ilmu ini tiada pada kebanyakan kita. Masalah besarnya kita tidak tahu yang kita tidak tahu.

Ada ilmu tentang siapa layak memimpin. Ada ilmu tentang halatuju sesuatu bangsa dan negara.

Sekiranya seseorang itu sakit ia dirujuk kepada seorang doktor atau pakar perubatan. Begitu jugalah sekiranya kepimpinan sesuatu bangsa dan negara itu sakit, ia perlu dirujuk kepada pakarnya.

Tetapi malangnya kita tidak berbuat begitu.

Seorang yang boleh dianggap doktor dalam hal ini (politik dan kepimpinan), dengan mudah diperlekehkan pandangan dan tindakannya. Setiap kita mengeluarkan pendapat seperti sangat tahu tentang perkara ini. Sepatutnya kita mengkaji mengapa ia bertindak demikian. Kita selidik apa sebenarnya berlaku dan akan berlaku. Kalau tidak tahu, bertanyalah kepada yang lebih tahu.

Seorang doktor sangat peka kepada benih penyakit walaupun kecil. Barah yang membunuh itu bermula dengan tumor yang kecil sahaja. Tetapi, jika dibiarkan ia akan membesar. Apabila sudah besar, sudah tiada harapan untuk menyembuhnya lagi.

Begitu juga barah dalam kepimpinan sesuatu bangsa atau negara. Ia bermula kecil. Ia memerlukan seorang pakar (orang yang berilmu) untuk mengetahui kewujudan dan langkah-langkah awal pencegahannya.

Malangnya, kita dalam hal ini bukan saja jahil tetapi tidur. Kita akan terjaga dan terkejut apabila keadaan sudah menjadi parah. Ini pernah berlaku di penghujung tahun 90an, dan berkemungkinan berlaku lagi dalam masa terdekat ini.

Kalau sebelum ini kita terselamat dari mulut harimau, selepas ini tidak pasti kita akan selamat dari mulut buaya.

Tun Dr. Mahathir Mohammad mahu menyelamatkan kita dari mulut buaya. Tetapi kebanyakan kita tidak sedar.

Monday, May 19, 2008

QUITTING UMNO

Tun Dr Mahathir Mohammad has quit UMNO.

I QUIT TOO.

Wednesday, May 14, 2008

Bersara Wajib 58 Tahun (2)

Ada satu sebab yang tidak diperkatakan oleh orang mengapa sepatutnya lebih ramai kakitangan awam bersara lebih awal. Lebih awal lebih baik. Sebaiknya ialah antara umur 45-50 tahun.

Sebabnya ialah kebanyakan kakitangan kerajaan samada berada:
- dalam 'pekerjaan yang salah' atau
- membuat 'kerja yang salah' (walaupun berada dalam pekerjaan yang betul).

Inilah realitinya, tetapi kurang disedari.

Punca utama masalah ini ialah sikap orang kita yang memilih apa saja pekerjaan, (asalkan mendapat pekerjaan), lebih-lebih lagi jika pekerjaan itu menjamin pendapatan yang tetap dan berpencen.

Kesilapan ini bermula dari masa kita memilih kursus di institusi pengajian tinggi lagi (bagi kita yang berpeluang belajar ke tahap ini). Samada memang salah kita yang memilih kursus atau ditawarkan kursus yang salah.

Hasilnya ialah agak banyak diantara graduat-graduat pengajian tinggi memiliki kelayakan dalam bidang yang mereka kurang berbakat tentangnya. Dan akhirnya mereka menyandang jawatan/pekerjaan yang kurang diminati.

Terdapat juga mereka yang belajar dalam bidang yang betul dan sesuai dengan kecenderungan diri mereka, tetapi malangnya memilih pekerjaan yang berlainan atau mendapat pekerjaan yang betul tetapi diberi tugas-tugas yang tiada hubungkait samasekali dengan kelayakan mereka.

Berlaku terlalu banyak ‘career-misplacement’ dalam masyarakat kita akibat dari pandangan hidup yang salah tentang ilmu dan pekerjaan – semuanya untuk pulangan dalam bentuk kewangan semata-mata.

Banyak orang berada dalam 'pekerjaan yang salah’ – pekerjaan yang tidak sesuai dengan diri mereka. Sebagai contoh, banyak orang yang menjadi guru tetapi sebenarnya mereka tidak memiliki bakat dan kebolehan seorang guru/pendidik. Mereka memilih kerjaya ini kerana senang untuk mendapat kerja, disamping sebab-sebab peribadi yang lain. (Tidak dinafikan, ada yang berbakat tetapi masih gagal berperanan dengan baik, atas sebab kekurangan latihan dsbnya.)

Jika dikaji dengan lebih mendalam dan mendasar, kesilapan atau ketegelinciran ini adalah disebabkan oleh faktor kemaksiatan. (Hari ini dan sebelum ini, peratusan pelajar/remaja yang terlibat dalam maksiat, salahlaku sosial dan perbuatan yang dianggap mendatangkan kemurkaan Tuhan adalah tinggi dikalangan orang Melayu.) Kesannya ialah Tuhan ‘lepas tangan’ dari membimbing dan memimpin mereka. Ilmu yang diperolehi tidak berkat dan tidak bermanafaat.

Disebabkan ‘career-misplacement’ ini banyak di antara kakitangan kerajaan gagal berbuat yang terbaik dalm pekerjaan mereka. Prestasi kerja rendah. Produktiviti yang sangat mendukacitakan. Kemerosotan moral – berlakunya kebosanan dalam pekerjaan (kecuali mereka yang bernasib baik mendapat pangkat yang tinggi serta gaji dan elaun yang besar – mereka mampu mengatasi masalah ini).

Jika mereka meneruskan pekerjaan atau dipanjangkan lagi khidmat mereka, kedua-dua pihak iaitu diri mereka sendiri dan kerajaan akan mengalami kerugian yang sangat besar.

Diri mereka rugi kerana mereka tidak akan dapat memenuhi potensi diri dan melaksanakan sebahagian besar dari tujuan hidup mereka yang sebenar. Dalam hidup ini mereka akan gagal melaksanakan satu amanah Tuhan, iaitu menggunakan bakat dan kebolehan yang dikurniakan kepada mereka untuk memenuhi keperluan dunia dan manusia di sekeliling mereka.Ini adalah satu kerugian yang tiada tara bandingnya, tetapi sangat kurang disedari. Wang bertimbun dan pangkat setinggi mana pun tidak dapat meng’compensate’ kekurangan ini.

Negara akan rugi, kerana mereka sebenarnya gagal menjadi modal insan yang sebenar. Berteriak dan berkempenlah sebanyak mana pun mengenai modal insan, orang yang memiliki ilmu yang tidak berkat dan bermanafaat, berada dalam pekerjaan yang salah atau membuat tugas-tugas yang tidak sepatutnya tidak akan menjadi modal insan.

Sebelum terlewat, mereka yang berada dalam keadaan ini perlu membetulkan ‘track’ pekerjaan mereka – samada mencari dan membuat tugas yang betul dalam organisasi dan pekerjaan yang sama (jika diizin ketua) atau bertukar pekerjaan. Kedua-dua pilihan ini, terutama yang pertama sangat sukar dilakukan. Yang kedua, iaitu bertukar pekerjaan pun juga tidak mudah dilakukan.

Jalan yang terbaik ialah memulakan langkah baru dengan meninggalkan pekerjaan yang ada. Dengan pencen yang ada dan bayaran saguhati yang lumayan serta hal-hal lain seperti hutang yang sudah habis atau hampir selesai dibayar, tanggungan persekolahan anak-anak yang sudah tiada, sepatutnya seseorang itu tidak akan menghadapi masalah kewangan sekiranya ingin berbuat demikian. Mereka boleh memulakan langkah baru untuk mencari PEKERJAAN HIDUPnya (atau dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil LIFE WORK).

Inilah sebab paling besar dan paling utama bagi kebanyakan kakitangan kerajaan untuk mengambil pencen lebih awal.

Kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh persaraan wajib dan ada sebabnya serdiri. Tiada apa yang boleh kita lakukan. Tetapi kita masih ada pilihan sendiri. Sekiranya kita ingin hidup kita benar-benar bererti dan bermakna, buatlah pengubahsuaian. Sekiranya kita dapat menggunakan bakat dan kebolehan yang sebenarnya yang kita miliki dalam pekerjaan yang sama dengan sedikit pengubahsuaian, baguslah. Sekiranya tidak, kita mungkin perlu memikirkan tindakan yang lebih drastik dan membuat perubahan yang agak/sangat besar.

Kita perlu bersara awal dan mencari pekerjaan hidup kita. Atau sebelum itu mungkin membelanjakan sedikit masa dan wang untuk melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran baru yang bersesuaian dengan bakat dan kebolehan kita.

Lakukanlah. Carilah PEKERJAAN HIDUP anda. Anda tidak akan menyesal.

Tuesday, May 13, 2008

Bersara Wajib 58 Tahun

SATU BERITA YANG MENGEMBIRAKAN?

Ada yang gembira tetap tidak semua. Ramai juga yang tidak gembira seperti yang disangkakan.

Ada yang gembira – atas beberapa sebab.

Pertama, ada sebab yang “genuine” (benar). Tenaga dan kepakaran mereka masih diperlukan. Mereka masih bertenaga untuk terus berbakti dan berjasa kepada bangsa dan negara. Mungkin mereka memerlukan tambahan masa lebih dari sekadar 2 tahun. Tetapi bilangan mereka ini adalah kecil.

Kedua, ada yang mempunyai sebab kurang “genuine” (benar). Kehadiran mereka sebenarnya tidak banyak menyumbang. Mereka lebih banyak mengambil dari memberi. Gaji dan elaun yang besar tidak setimpal dengan sumbangan. Kerja yang mudah sebagai ketua tetapi dengan sumbangan tidak seberapa. Dua tahun merupakan masa tambahan untuk ‘memanjat tangga’ yang lebih tinggi. Mungkin untuk mencapai jawatan tertinggi seperti JUSA dsbnya.

Tidak kurang juga yang tidak gembira. Malah sangat tidak gembira.

Ramai yang ‘sudah letih’ dan bosan sebenarnya. Tidak tahan bergelut dengan kerja-kerja membosankan. “They have had enough”. “Mundane and uninspiring work”. “Paperwork, paperwork and more useless paperwork”. “Meeting, meeting and more unproductive meetings”. Disamping ada yang merasakan ingin membuat sesuatu yang lain dalam hidup mereka.

Kerajaan telah membuat keputusan dan kerajaan ada sebab tersendiri untuk menyambung dua tahun lagi tempoh persaraan wajib.

Pada pandangan saya, umur persaraan wajib perlu diturunkan, bukan dinaikkan.

Memang saya menyedari terdapat mereka yang perlu berkhidmat lebih lama – 60, 70 atau pun sehingga ajal menjemput pergi. Mereka terdiri dari kakitangan yang mempunyai kepakaran yang sangat diperlukan dan mereka yang berpendapatan agak rendah yang masih perlu menyara keluarga (anak-anak yang masih bersekolah).

Selain dari golongan di atas, terdapat mereka perlu bersara lebih awal atas sebab:

- tidak banyak menyumbang kepada pekerjaan (dan mereka sudah mampu menyara hidup dengan wang pencen, KWSP, saguhati)
- mereka yang perlu menceburi bidang lain seperti perniagaan, pertanian dsbnya.

Saya ingin mengulas lebih panjang sebab yang kedua.

Kita ingin lebih ramai bumiputra menyertai bidang perniagaan. Disamping mereka yang menceburi bidang ini dari awal, kakitangan yang bersara awal adalah diantara golongan yang berpotensi besar untuk menceburi bidang ini dan berjaya. Mereka memiliki kelebihan seperti:

- modal (atau mudah untuk mendapatkan modal)
- saraan hidup yang tetap (lebih berani mengambil risiko)
- rangkaian (networking) yang dibina semasa bekerja
- kesedaran yang lebih tinggi untuk membela bangsa
- kesediaan untuk mempelajari bidang baru (perniagaan, pertanian/penternakan dsbnya)
- idea-idea yang praktikal.

Siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menceburi bidang perniagaan? Sebahagian besar siswazah yang baru keluar dari IPT tidak bersedia atas beberapa sebab. Golongan lain mungkin tidak memiliki persiapan yang diperlukan.

Bukan sahaja menceburi perniagaan (tidak semua orang mampu dan minat), tetapi mereka juga boleh menceburi bidang lain seperti pertanian, pendidikan (secara bersendirian), penulisan dll.

Sebahagian dari mereka memiliki tanah-tanah di kampung atau sekiranya tidak, boleh membelinya. Setakat ini banyak tanah-tanah di kampung terbiar tanpa diusahakan. Penduduk-penduduk kampung tidak memiliki modal (dan modal paling besar ialah kesedaran) untuk membangunkan tanah-tanah terbiar ini. Golongan muda, disamping juga tiada modal, mungkin juga ingin mencuba nasib mereka di bandar-bandar.

Alangkah baiknya sekiranya kakitangan kerajaan (yang kebanyakannya berasal dari kampung) pulang ke kampung masing-masing berbekalkan modal idea dan kesedaran serta modal kewangan untuk memajukan tanah-tanah yang terbiar.

Inilah saja diantara cara yang ada untuk menyelesaikan masalah tanah-tanah yang terbiar disamping meningkatkan hasil pertanian (makanan) untuk keperluan negara.

Kerajaan telah membuat keputusan untuk menaikkan lagi umur persaraan wajib. Tiada apa boleh kita buat. Tetapi pilihan masih lagi di tangan kita. Berlaku jujurlah pada diri sendiri. Sekiranya kita merasakan memang perlu meneruskan perkhidmatan (kerana khidmat kita sangat diperlukan), teruskanlah. Tetapi sekiranya tidak, gaji dan elaun yang kita miliki tidak setimpal dengan sumbangan (banyak kerja yang ‘main-main’ seperti mesyuarat yang tidak perlu, lawatan yang tidak berfaedah, upacara-upacara yang hanya membuang masa dsbnya) adalah lebih baik kita mengambil pencen awal/pilihan.

Memang susah untuk membuat pilihan ini. Bukan senang untuk berada dikampung (kecuali semasa cuti) setelah bertahun-tahun di bandar. Pengorbanan kita sangat diperlukan. Tetapi sebenarnya kita tidak perlu berhijrah balik ke kampung (walaupun inilah yang terbaik) untuk membuka dan mengusahakan tanah-tanah terbiar.

Dengan komunikasi yang ada hari ini (dan jenis kenderaan yang dimiliki) yang canggih dan selesa, berulang-alik dari bandar ke kampung tidaklah menjadi masalah besar. Kalaupun kampung kita sendiri terlalu jauh, kita masih boleh membeli dan mengusahakan tanah di kampung-kampung yang terdekat dengan bandar yang kita diami.

Gagal berbuat demikian kita bersalah pada diri sendiri (dan mungkin pada Tuhan). Kita terlepas peluang untuk berbuat sesuatu yang bermakna dalam hidup kita. Dan juga terlepas peluang untuk berbakti pada kampung halaman tempat kita dilahir dan dibesarkan. Dan terakhir dan tidak kurang penting, usaha seperti pertanian bukan sahaja menguntungkan dan membantu negara, tetapi adalah satu cara untuk menjaga kesihatan yang paling baik dan berkesan.

Di ujung usia, kesihatan adalah lebih berharga dari wang ringgit. Semasa muda kita mengorbankan kesihatan untuk wang, di masa tua kita mengorbankan wang untuk kesihatan.

Friday, May 9, 2008

Mengapa OBOR PEMIMPIN?

Tujuan utama saya ialah untuk menulis tentang kepimpinan, yang merangkumi kepimpinan diri (self/personal leadership), kepimpinan organisasi dan kepimpinan bangsa, negara dan ummah.

OBOR mempunyai dua peranan – MEMBAKAR dan MENERANGI.

Pertama, MEMBAKAR. Ia membakar ‘sampah-sarap’ yang tidak diperlukan. Yang mungkin memudaratkan. Dalam diri kita, pada pemikiran dan amalan kita terdapat ‘sampah-sarap’ yang perlu dibakar. OBOR berharap untuk membakar ‘sampah-sarap’ itu sehingga ia menjadi debu.

KEDUA MENERANGI. Kita masih keliru dalam banyak hal. Kita masih tidak nampak destinasi yang harus dituju dengan jelas dan jalan yang patut diambil. Kita seolah berada dalam kegelapan. Teraba-raba. Dalam teraba-raba itu kita terlanggar sesama sendiri. Memarahi sama sendiri. Bergaduh sesama sendiri. OBOR berperanan menerangi jalan. Menunjuk jalan dan arah yang patut dituju. Menampakkan destinasi yang sebenar. Supaya kita bukan sahaja tidak berlanggar (dan bergaduh) sesama sendiri, tetapi tidak terjatuh ke dalam gaung yang menanti. Atau tidak dibaham oleh binatang-binatang buas yang mungkin sentiasa menghendap untuk menerkam mangsanya.

Itulah harapan saya. Itulah doa saya kepada Tuhan. Supaya saya dapat membantu membawa bangsa dan umat ke jalan dan amalan yang benar. Ke matlamat dan tujuan yang benar. Ke cita-cita dan aspirasi yang benar. Ke destininya.

Mungkin inilah sahaja yang dapat saya sumbangkan.

Ketempangan dan Kepincangan Ilmu

Fenomena ketempangan dan kepincangan ilmu (ilmu yang tidak berkat dan tidak bermanafaat) ini sangat berleluasa dalam masyarakat kita, terutama di kalangan orang Melayu.

Ia menjadi punca kepada banyak masalah. Ia menjadi punca kepada banyak usaha yang tidak menjadi dan tidak kesampaian. Ia menjadi punca kepada kelesuan dan kegagalan institusi-institusi agama, sosial, pendidikan dalam negara ini. Ia menjadi punca kepada banyak krisis dan kecelaruan yang melanda masyarakat hari ini.

Tetapi malangnya kewujudannya sangat kurang disedari. Dan sangat kurang diberi perhatian.

Apakah diantara punca ketempangan dan kepincangan ilmu ini?

Diantara punca ketempangan dan kepincangan ilmu ialah:

- niat belajar yang tidak betul
- kemaksiatan (zahir dan batin) ketika belajar
- ilmu yang tidak ‘dibajai’ (tidak terus dimantapkan melalui bacaan, kajian dll)
- ilmu yang tidak diamalkan

Ketempangan dan kepincangan ilmu ini bukan sahaja melanda golongan “sekular” yang menuntut “ilmu dunia” tetapi juga golongan yang menuntut ilmu agama. Kesannya, kedua-dua golongan gagal memanafaatkan sepenuh dan sebaiknya ilmu mereka untuk kebaikan masyarakat.

Benarkah berlaku fenomena ketempangan dan kepincangan ilmu di kalangan golongan profesional di negara ini dalam pelbagai bidang? Bukankah pembangunan industri di negara ini berjalan dengan lancar dan mantap? Bukankah Malaysia adalah sebuah negara membangun yang dianggap sangat berjaya dan layak dicontohi oleh negara-negara membangun lain terutamanya negara-negara Islam?

Benar. Tetapi pembangunan ini tidak akan dapat tercapai tanpa adanya golongan lain dalam dan luar negara berperanan. Pelabur asing memainkan peranan utama membuka dan membangun industri. Kaum lain dalam negara ini juga berperanan besar terutama membangun perniagaan dan perdagangan disamping membangun perusahaan sokongan yang lain.

Tanpa adanya kedua golongan ini – pelabur asing dan peniaga dan pengusaha kaum lain, adalah dikhuatiri kemajuan dan kemakmuran seperti yang didapati hari ini dapat dicetuskan. Kebanyakan golongan profesional Melayu ini hanya berperanan sebagai “middle managers”.

Tetapi ketempangan dan kepincangan ilmu di kalangan golongan profesional ini sangat dirasai di sektor yang didominasi oleh orang Melayu sepenuhnya, terutamanya politik dan pendidikan. Ini adalah diantara punca utama yang menyumbangkan kepada amalan politik yang merugikan (seperti pertelingkahan yang tidak berkesudahan, amalan perebutan kuasa yang memudaratkan, rasuah politik dll). Ia juga menyumbang kepada kelesuan kebanyakan (boleh dikatakan hampir semua) institusi pendidikan di negara ini. Ia menyumbang kepada kegagalan banyak agensi-agensi kerajaan dan separuh kerajaan.

Sekiranya ketempangan dan kepincangan ilmu di kalangan golongan profesional dapat di’compensate’ oleh golongan lain, ketempangan dan kepincangan ilmu golongan agama tidak boleh.

Tiada pakar agama dari negara seperti Amerika, Eropah, Jepun, Korea dll yang boleh membantu golongan agama di negara ini untuk membaiki dan membangun masyarakat melalui didikan dan dakwah, seperti mana pelabur-pelabur mereka membantu membangunkan industri dan perdagangan. Pakar-pakar agama dari negara Islam seperti negara Arab sekalipun tidak mampu. Mereka bukan sahaja tidak memiliki kepakaran, bahkan mereka pun bermasalah dan menghadapi masalah yang sama.

Akibatnya, masyarakat bukan sekadar terbiar dan tidak terdidik dengan sebaiknya, tetapi lebih membahayakan ialah golongan ini membawa dan memperjuangkan agenda salah. Mereka melibatkan diri dalam politik dengan membawa agenda yang salah dan keliru. Agenda politik yang salah dan keliru ini bukan sahaja tidak bermanafaat dalam jangkamasa pendek, tetapi boleh membawa kemudaratan dalam jangkamasa panjang. Dan boleh jadi mengundang malapetaka.

Hakikat ini memang sukar diterima, samada oleh golongan agama sendiri atau oleh penyokong mereka atau orangbiasa.

Kebiasaannya golongan ini akan menyalahkan pihak lain samada dalam atau luarnegara, di atas segala ‘kebobrokan sosial’ yang berlaku. Mereka juga dengan mudah akan menuduh pihak lain menghalangkan mereka dari berperanan. Istilah “kena gam” sangat popular dan kerap digunakan. Atau juga memberi alasan mereka “tiada kuasa politik” untuk bertindak. (Sebab itu mereka perlu berjuang untuk mendapatkan kuasa.)

Tidak sukar sebenarnya untuk memahami dan menerima hakikat bahawa ketempangan dan kepincangan ilmu yang parah juga berlaku dikalangan golongan agama. Sebagaimana juga golongan lain, tujuan belajar kebanyakan mereka adalah untuk matlamat keduniaan (mungkin tujuan keduniaan semata-mata atau mungkin juga bercampur-campur) – pekerjaan, kesenangan, kedudukan, kekayaan dll. Kebanyakan ibubapa menghantar mereka ke sekolah agama juga adalah dengan tujuan yang sama. Bahkan terdapat guru-guru yang mengajar hanya dengan niat untuk saraan hidup semata-mata.

Sedangkan kita tahu (tetapi mungkin sudah terlambat tahu), niat itu sangat penting. (Sebenarnya, orang Barat pun tahu hal ini.) Jelas dan terang agama mengajarkan bahawa natijah atau hasil sesuatu pekerjaan itu bergantung kepada niat. Sekiranya niat kita berbentuk kebendaan, perkara berbentuk kebendaanlah (pangkat, gaji dll) yang kita dapat. Yang selain itu, berkemungkinan besar tidak diperolehi.

Berapa orang yang benar-benar belajar kerana Tuhan? Kerana hendak mencari ilmu untuk membimbing dan mendidik manusia? Ingin membawa manusia kepada agama dan kehidupan yang benar? Supaya manusia selamat di dunia dan di akhirat? Untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak manusia?

Ada, tetapi tidak ramai.

Walaupun keterlibatan dalam maksiat boleh dikatakan kurang di kalangan golongan agama, tetapi punca lain yang menyumbang kepada fenomena ini masih wujud. Disamping niat atau tujuan belajar yang tidak betul, mereka juga gagal ‘membajai’ ilmu yang dimiliki dan sebahagiannya juga gagal mengamalkan apa yang dipelajari.

Golongan agama kurang membuat kajian dan penyelidikan seterusnya setelah menamatkan pengajian di institusi pengajian. Budaya ilmu (mencintai dan mencari ilmu dan kebenaran, berfikir dan membuat keputusan atas dasar pengetahuan yang benar) dikalangan mereka juga masih rendah. Tabiat membaca juga sangat lemah. Pembacaan pun (kalau ada) masih terhad kepada bahan-bahan agama. Walaupun ada yang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan kedoktoran, tetapi ia adalah untuk tujuan akademik semata-mata, kalau pun tidak untuk tujuan perjawatan. Pendekata, mereka gagal menghayati realiti masyarakat - keadaan, masalah, punca dan jalan penyelesaiannya. Mereka juga gagal mendekati masyarakat.

Selain dari punca-punca di atas, tidak dinafikan ada sebab-sebab lain yang menyumbang kepada fenomena ketempangan dan kepincangan ilmu.

Juga, selain dari ketempangan dan kepincangan ilmu ini, ada lagi faktor lain yang menjadi punca kepada pelbagai masalah yang wujud dalam masyarakat dan negara kita hari ini.