Adakah kita benar-benar cinta dan sayangkan negara kita Malaysia?
Kalau ditanya, semua kan jawab ya. Tidak ada yang akan kata mereka tidak sayangkan atau cintakan negara ini. Tetapi, benarkah? Benarkah mereka cintakan negara ini?
Mereka mungkin sukakan negara ini. Semua orang sukakan negara ini. Orang luar pun sukan negara ini. Berjuta rakyat asing ada di negara ini, samada dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Myanmar, Filipina, India, Cina dll. Apalagi orang tempatan, terutama mereka yang bergelar pemimpin. Mereka sangat sukakan negara ini.
Tetapi cinta dan suka tidak sama.
Kita sukakan negara ini kerana apa yang kita boleh dapati darinya. Banyak benda yang boleh didapati, terutama kemewahan hidup. Sukar hendak cari tempat di dunia ini seperti Malaysia. Bukan sahaja kaya, tetapi bermurah hati menerima kemasukan orang luar.
Cinta bukan sekadar menerima, tetapi lebih penting memberi. Dan lebih besar lagi berkorban.
Berapa ramai pendatang asing di negara ini sanggup memberi untuk negara ini? Adakah yang sanggup berkorban demi untuk kepentingan negara ini?
Tidak usahkan pendatang asing, rakyat negara ini sendiri belum tentu mencintai negara ini. Berapa ramai yang sanggup berkorban untuk kepentingan negara?
Kita tidak bercakap tentang berkorban nyawa. Kita bukan dalam keadaan perang. Itu pun kalau kita sanggup berkorban nyawa, belum tentu kerana kita cintakan negara ini. Mungkin kerana terpaksa atau ada sebab lain.
Berapa ramai yang sanggup berkorban sedikit kemewahan dan keselesaan untuk negara ini? Berapa ramai yang mengutamakan barangan keluaran negara ini? Berapa ramai yang sudi membeli dan menggunakan kenderaan buatan negara ini? Berapa ramai yang berbangga berbuat demikian?
Tidak ramai. Ini termasuklah golongan yang bergelar pemimpin sendiri. Mereka lebih suka mengutamakan kenderaan luar. Tabiat ini sudah mula merebak ke golongan lain, termasuk golongan pendidik dan golongan agama.
Sekiranya kita tidak membeli kenderaan sendiri, siapa yang akan membelinya? Kita tidak mempunyai pasaran yang besar di luar negara. Jualan barangan lain pun tidaklah seberapa.
Kalau golongan pemimpin tergila-gila dengan kenderaan import, golongan lain pun sama. Bukan sahaja golongan pendidik, golongan agama dan penjawat awam, golongan lain pun seperti buruh, petani dan nelayan kalau mampu akan mengutamakan kenderaan buatan luar.
Wajarkah begini?
Bolehkah negara maju sekiranya rakyat bersikap begini?
Sebahagian besar rakyat Eropah, Amerika, Jepun, Korea sangat patriotik dan mengutamakan barangan negara mereka sendiri. Ini yang membolehkan mereka membina ‘industrial base’ dalam negara mereka. Ini yang membolehkan mereka terus memaju dan mengembangkan industri mereka.
Tetapi bagi kita patriotik itu sekadar mengebar bendera dan menyanyikan lagu-lagu tertentu. Lidah dan bibir mengungkapkan rasa cinta pada negara, tetapi hati cinta kepada barang mewah luar negara.
Malanglah begini.

No comments:
Post a Comment