MELAYU MUDAH LUPA. ATAU TIDAK PERNAH BELAJAR?
Nampaknya begitulah. Orang Melayu rata-rata tidak pernah belajar. Bukan sahaja tidak pernah belajar, tetapi tidak mengambil pengajaran.
APA BOLEH BUAT. Tunggu sajalah satu demi satu bala menimpa. Sampai tiada apa yang tinggal atau hanya tinggal tanah sekangkang kera.
Pelupa macamana pun bangsa ini janganlah lupakan tarikh-tarikh di bawah ini. Pahatlah ia dalam ingatan kita terutama dalam ingatan golongan pemimpin.
1511 Melaka jatuh ke tangan Portugis hanya selepas 110 tahun.
1784 Kerajaan Melayu Patani jatuh ke tangan Siam.
1786 Pulau Pinang diserahkan kepada Inggeris (Francis Light).
1819 Singapura diserahkan kepada Inggeris (Stamford Raffles)
1874 Perjanjian Pangkor – bermulanya penguasaan Inggeris di tanah besar Semenanjung.
1965 Singapura dilepaskan kepada Lee Kuan Yew.
2008 Kehilangan Pulau Batu Putih.
Bukan sekadar kita kehilangan wilayah sebelum ini. Sekiranya kita terus lupa, kita akan kehilangan lagi.
???? Kehilangan Selatan Johor (Wilayah Iskandar, Iskandar Malaysia atau apa-apa nama)
???? Utara Malaysia (mungkin dituntut oleh jiran sebelah utara)
???? Sabah dan Sarawak (mungkin dituntut oleh jiran sebelah timur)
Disamping tarikh-tarikh di atas, jangan lupa satu lagi tarikh, iaitu 2004. Bukan kerana Tsunami, tetapi pada tahun itulah berlakunya kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang membawa bencana bukan sahaja kepada pembangkang pada masa itu, tetapi juga kepada UMNO, Barisan Nasional dan rakyat serta negara sendiri pada hari ini.

1 comment:
Melayu Mudah Lupa dan Tidak Pernah Belajar.
Apa-apa malapetaka/bala/musibah yang terjadi/berlaku/menimpa kepada mana-mana suku bangsa di dunia ini termasuklah bangsa Melayu adalah kerana 'nawaitu' yang tidak betul dalam setiap perwatakan/perbuatan/tindaktanduk/halatuju mereka.
Tanyalah diri kita sendiri.....apakah nawaitu kita ? Nawaitu kita ketika bangun pagi, nawaitu kita ketika menghirup gas oksigen untuk meneruskan saki-baki hidup ini, nawaitu kita ketika mandi/bersuci, nawaitu kita ketika mengadap rezeki, nawaitu kita ketika memulakan langkah mencari rezeki/kerja, nawaitu kita ketika bersahabat samada saudara-mara. jiran, rakan sekerja mahupun masyarakat sekeliling, nawaitu kita ketika beribadat, nawaitu kita ketika bergaul di dalam masyarakat, nawaitu kita ketika memilih pemimpin, nawaitu kita ketika dipilih sebagai pemimpin, nawaitu kita ketika menegur pemimpin, nawaitu kita ketika ditegur masyarakat/rakyat, nawaitu kita ketika menulis blog2, nawaitu kita ketika blog2 kita ditegur/dikomen dan kesemua perbuatan kita yang lain ......semuanya ada nawaitunya.
Jika nawaitu kita sendiripun tidak berapa betul atau kurang betul atau sedikit-sedikit betul atau tidak bebas dari sifat-sifat mazmumah, bagaimanakah berjuta-juta umat lain terutamanya kaum berbangsa melayu ini akan terjamin ketulusan dan kemuliaan 'nawaitu' mereka.
Kita perbaiki 'nawaitu' masing-masing......kemudian Yang Maha Mengetahui akan menentukan yang seterusnya.Insya-Allah.
Wassalam
Anakwatan71
090608@1645
Post a Comment