Tuesday, April 29, 2008

The State of Our Football

YÒU LÁI LE. (It’s Mandarin Chinese for “Here It Comes Again”)

Yes, football scandal is here again. Match-fixing is back.

When is this going to end? Hard to say. Nobody can tell. It looks like it never will.

“Malaysian football will not rise again by going back to a semi-pro format.” Says Sultan Ahmad Shah, the FAM president. I agree. No format will save it.

Sultan Ahmad Shah also believes that corruption is a disease that affects all sectors. I agree too.

Mediocrity does not belong to football only. Other sectors too are mired in mediocrity. Education included.

Football is just a manisfestation of what is not right in our society.

I was a football fan - a Pahang fan. I was a regular at the Darulmakmur Stadium in the 70s dan early 80s (except when I was in UK). I was at the Merdeka Stadium in 1983 when Pahang beat Selangor to win the Malaysia Cup for the first time. I knew all the players’ names, then.

But today I don’t even know who coaches the team.

Malaysian football is in the doldrums and will remain so for a very long time to come. There is nothing much that can be done. There is not much hope. No experts in the world can save it.

There are many reasons for this. But the biggest of all is the people themselves. What can be done about this? Nothing. Almost nothing.

Football in England is more than just a game. It is almost a way of life – almost a religion if you can call it. If people say “religion is the opium of the people” I would not agree. But football almost becomes an opium to the British people – at least to the working class.

The British play football more than just for fun. It is more than just a means to earn a living. It has some higher or noble purposes. It is a tool to inspire people. It provides useful lessons for life. It is a tool to educate society. The footballers (except a few bad apples) become a role model to society especially to the young ones.

Can the same be said about our football? Can the same be said about our footballers? Are they a role model worth emulating?

You know as much as I do - no. To most of our players, football is just a way to make money, in some cases fast money. And to gain fame and popularity. Not much else.

For anything to survive and thrive, it has to have some noble purpose or at least must be free from vested interests. The former hardly exists, while there is plenty of the latter.

So, I think it is better we forget about football in this country. Play football for fun, yes. Play among ourselves to create unity, yes. But don’t expect more. But don’t expect to compete in a tournament and win. Forget all those cups. Better not to waste time or money.

Football does us one great service though. It is a mirror and a barometer of our society. If we can learn something from this, not every sen spent so far has gone to waste.

Monday, April 28, 2008

Fenomena Wanita Merokok

Fenomena wanita (terutama wanita Melayu) merokok semakin menjadi-jadi. Pergilah ke mana-mana tempat makan (seperti restoran-restoran mamak di Shah Alam), anda akan dapat lihat sendiri.

Memang tidak menyeronokkan. Memang satu pemandangan yang mendukacita dan menyedihkan. Ini merupakan satu perkembangan yang sangat tidak sihat.

Tetapi, salahkah mereka merokok?
Mengapa mereka tidak boleh sedangkan lelaki boleh merokok?
Apa bezanya mereka dengan lelaki?
Adakah hukum agama atau peraturan dunia yang menyatakan lelaki boleh merokok, tetapi wanita tidak boleh?

Setahu saya tiada.

Hukum agama yang ada ‘apply’ kepada kedua-dua jantina, lelaki dan wanita. Kalau hukumnya makruh untuk lelaki, makruhlah untuk wanita. Kalau haram untuk lelaki, haram juga untuk wanita.

Bagaimana hendak mencegah golongan wanita daripada merokok, kalau golongan lelaki pun merokok? Kalau golongan golongan pendidik pun merokok? Kalau golongan agama pun merokok? Kalau ‘pejuang Islam’ pun merokok? Bagaimana?

Saya tidak tahulah ulama-ulama kita merokok atau tidak. Tetapi imam kampung saya (yang lantang kutuk kerajaan) pun kaki rokok.

Saya pun dahulu pernah merokok – sangat kuat sehingga 30-40 batang sehari. Pernah juga mencecah 60 batang ketika di UK dahulu. Tetapi saya berhenti di awal 90an.

Mengapa saya berhenti? Ada tiga sebab:

1. Buang/bazir duit (beratus ringgit sebulan)
2. Binasa dan boleh bunuh diri (saya sakit hampir setiap bulan)
3. Bantu musuh (bunuh umat Islam dan jiwa remaja)

Diantara sebab-sebab di atas, sebab ketigalah yang paling kuat mendorong dan memaksa saya merokok. Saya rasa bersalah apa melihat program-program hiburan tajaan syarikat rokok. Saya rasa saya menyumbang sama. Hingga hari ini ketagihan/keinginan itu tetap ada, tetapi saya tidak mahu bersubahaat dengan musuh.

Kepada yang masih merokok, fikir-fikirkanlah. Terutama mereka yang mempunyai pengaruh dalam masyarakat (golongan agama) dan mereka yang ghairah hendak perjuangkan Islam. Bukan sahaja tiga sebab di atas sudah cukup kuat untuk mendorong kita berhenti, tetapi hari ini ditambah lagi dengan fenomena wanita (Melayu) yang merokok.

Kita perlu menasihati mereka supaya berhenti merokok. Tetapi, bagaimana kita boleh berbuat demikian kalau di mulut kita tersembul asap rokok, nafas kita berbau rokok, dalam pokek kita mengelembung kotak rokok? KASIHANILAH MEREKA.

Di samping itu, ‘pejuang Islam’ yang berhenti merokok sudah pasti dapat mendermakan wang tersebut untuk membantu mereka yang dhaif dan memerlukan. Kemungkinan cakap kita pun akan lebih didengar orang. Afdal juga sekiranya peniaga-peniaga (Melayu) terutama ‘pejuang Islam’ berhenti menjual rokok.

Sunday, April 27, 2008

Kerana Kurang Membaca

SALAHKAH KALAU SAYA KATAKAN RAKYAT MALAYSIA AMNYA, ORANG MELAYU KHASNYA SANGAT KURANG MEMBACA?

Saya rasa tidak salah. Saya tidak perlukan bukti kajian untuk membuktikan kenyataan di atas.

Bukan sahaja kurang membaca, tetapi juga tidak membaca bahan yang betul (tidak memenuhi keperluan diri yang sebenar).

Itulah realitinya, kita bukan sahaja kurang membaca tetapi tidak membaca bahan yang kita perlukan. Dan yang kurang membaca itu bukan sahaja dari kalangan orang biasa, tetapi termasuk golongan penting dalam masyarakat seperti pendidik (guru/pensyarah), pemimpin, orang agama (yang mungkin sekadar baca buku/kitab agama). Golongan-golongan ini adalah obor yang menjadi penerang – pemimpin dan pembimbing.

Untuk mendapatkan ilmu yang berkaitan dengan pekerjaan, berkemungkinan kekurangan kita membaca tidak memberi kesan yang besar. Kita boleh bergantung kepada nota yang diberi (dan kita pun memang membaca buku teks yang diwajibkan). Tetapi itu pun belum tentu memadai.

Tetapi banyak perkara lain dalam hidup ini yang kita perlu tahu, tetapi tidak diajar dalam sistem pendidikan formal atau tidak formal. Tidak diajar di sekolah atau IPT. Tidak juga diajar melalui pendidikan agama samada di sekolah, IPT atau madrasah. Perkara-perkara ini hanya boleh dikaji dan diselidiki sendiri melalui pembacaan.

Tetapi malangnya kita sangat kurang membaca.

Jadi ada ilmu yang perlu ada tetapi tidak ada pada kita. Ada perkara yang kita perlu tahu, tetapi kita tidak tahu. ADA LAMPU DALAM HIDUP KITA TIDAK MENYALA. (Bayangkan kalau ada bilik-bilik dalam rumah kita tidak berlampu). Ada perkara dalam hidup, kita teraba-raba. Ada perkara kita buat berdasarkan sangka-sangka. Ikut suka-suka. Ikut rasa. Ada juga yang kita buat ikut orang saja. Boleh jadi ada juga yang ikut nafsu.

Begitulah nampaknya kita berpolitik. Tanpa panduan dan ilmu yang benar. Banyak meraba-raba. Banyak ikut rasa. Ikut emosi. Politik Pak turut. Sangat malang sekali.

Apakah erti politik yang sebenar? Apakah maknanya berpolitik? Adakah berpolitik itu hanya berpilihanraya? Tahukah kita asal-usul politik yang kita gunapakai hari ini? Adakah kita menyokong sesuatu kumpulan berdasarkan ilmu/asas yang benar? Adakah perjuangan kumpulan yang disokong berada di atas landasan yang benar? Siapakah pemimpin yang sebenar? Apakah ciri-ciri seorang pemimpin? Benarkah ulama itu sepatutnya jadi pemerintah?

Banyak lagi persoalan yang kita perlu tanya. Dan banyak soalan ini belum terjawab dengan betul.

Kecetekan ilmu kita tentang politik menyumbang besar kepada ‘kekarutan dan kekalutan’ orang/bangsa kita berpolitik. Cara kita berpolitik banyak membawa kerugian dan kemudaratan. Banyak membawa padah dari faedah. Untung sebakul, rugi seguni. Menang sorak, kampung tergadai. Mungkin suatu hari nanti, dapat kuasa, negara terjajah?

Tanyalah diri kita sendiri. Nilailah diri sendiri.

Dalam hidup ini ada benda yang tidak benar, nampak seperti benar. Ada juga perkara yang separuh benar, kelihatan sepenuh benar. Umpama logamaya (mirrage) ia sangat menipu manusia yang sesat di padang pasir.

Belajarlah dari kisah kaum Khawarij (puak pembangkang/penentang dalam sejarah Islam) – yang taat dan soleh, tetapi terkeliru dari segi pemikiran.

Saturday, April 26, 2008

Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)

PTK oh PTK! Banyak kali ambil, masih tidak lulus. PTK 1 tidak lulus, tetapi akhirnya dikecualikan. Ambil PTK 3, dapat 3 dan 2. Resit peperiksaan, masih dapat 2. Cukuplah. Tidak tahu hendak buat apa lagi. 10 kali ambil pun mungkin masih tidak lulus. Soalan esei, rasa sudah jawab ok, tetapi masih kandas. Mungkin jawapan kurang baik. Atau pandangan saya agak berlainan, saya tidak hairan.

Saya pun kurang berminat dengan jawatan. Apa lagi yang melibatkan pengurusan. “Not my line and not my piece of cake.” . Mengurus orang bukan senang. Bukan tugas dan bukan sebahagian dari misi hidup saya.

Memang pada pendapat saya PTK ini ada yang tidak kena. Saya kata begitu bukan kerana saya tidak lulus. Secara jujur saya katakan ia tidak banyak faedah. Ia tidak menilai apa yang patut dinilai – kecekapan. Dan kursus seminggu (untuk PTK 3 ke atas) pun tidaklah menambah nilai dari segi ilmu pengetahuan yang berguna untuk pekerjaan.

Saya rasa lebih relevan diadakan kursus pengurusan untuk mereka yang berminat naik pangkat ke jawatan pengurusan (GPK, gurubesar dan pengetua di sekolah) dan timbalan pengarah dan pengarah di politeknik dan pengetua di kolej komuniti.

Untuk sekolah mungkin sudah ada, saya pun tidak pasti. Tetapi bagi politeknik dan kolej komuniti masih belum ada. Sekarang ini kenaikan pangkat berdasarkan senioriti dan kelulusan PTK (yang sangat dipertikaikan).

Hanya mereka yang sudah menghadiri kursus ini sahaja yang layak dipertimbangkan setelah tiba giliran mereka untuk menjawat jawatan pengurusan.

Melaksanakan kursus yang berkesan memanglah sangat sukar.

Sekurangnya tiga aspek besar perlu diberi penekanan dalam sebarang kursus seperti ini – membina komitmen (commitment), wawasan & idealisma (vision & idealism) dan kompiten (competence) – jika diizinkan saya akan sambung tentang ini...

Punca Ketempangan Ilmu

Salahkah kalau saya katakan diantara sebab kita (orang kita) belajar adalah seperti berikut:

Mendapatkan SIJIL untuk mengelakkan diri kena kerja kampong (toreh getah, tanam padi), kerja buruh atau jadi suri rumah dll.

Mendapatkan DIPLOMA untuk menambah sedikit keselesaan (gaji lebih).

Mendapatkan IJAZAH untuk gaji lebih besar dan boleh jadi ketua.

Mendapatkan SARJANA untuk mengukuh kedudukan (standby, boleh jadi penting untuk naik pangkat).

Mendapatkan PhD untuk menambah kukuh jawatan dan untuk gelaran.

Belajar agama untuk jadi kadi, mufti dll?

Senario di atas agak keterlaluan dan adalah rekaan semata-mata. Tidak semua orang berniat begitu apabila belajar. Namun ada mengandungi sedikit kebenaran.

Saya tidak salahkan kita semua jika belajar hanya untuk mendapatkan pulangan (gaji/pangkat/jawatan). Kita sememangnya telah diasuh dari kecil (oleh ibubapa, masyarakat) dengan idea bahawa belajar itu untuk pekerjaan, dan pekerjaan itu untuk saraan hidup. Siapa yang belajar selain dari sebab ini?

Ada orang yang sedar pentingnya niat yang betul. Bukankah terang dan jelas diajar oleh agama? Sesuatu pekerjaan itu bergantung kepada niat. Tetapi malangnya, jarang di’apply’kan dalam mencari ilmu. Kalau ada pun mungkin sekadar uacapan di lidah.

Kalau kita tersilap niat belajar di peringkat awal, kesannya mungkin tidaklah begitu parah dan masih boleh dibetulkan. Tetapi bagaimana kalau sampai habis kita salah? Bagaimana kalau kesilapan itu berterusan hingga ke tahap sarjana dan ke tahap yang tertinggi – PhD?

Sudah pasti tidak baik untuk diri kita dan tidak baik juga untuk masyarakat, negara dan ummah.

Oleh itu saya sarankanlah orang kita yang hendak melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi supaya merenung hal ini. Pastikan niat kita murni – memang hendak mencari ilmu yang akan dapat dimanafaatkan kepada orang lain dan masyarakat. Bukan kerana hendak mendapatkan kedudukan atau mengukuhkan kedudukan atau ‘standby’ ke arah itu. Bukan untuk gelaran samada diletak di depan atau di belakang nama.

Dan juga bukan saja-saja hendak bercuti, ambil peluang bawa keluarga ke luar negeri (sambil kumpul gaji atau elaun). Bangsa lain spt Jepun, Amerika, Eropah, Cina tidak buat begini.

Saya rasa, selain faktor cacat akhlak (bermaksiat, tidak menghormati guru dll), niat tidak murni adalah diantara punca besar ketimpangan ilmu. Ilmu yang diperolehi tidak atau kurang berkat dan bermanafaat. Ada ‘paper qualification’, tetapi nilainya tidak seberapa.

Friday, April 25, 2008

Majlis Presiden

Cadangan Tun Dr. Mahathir Mohammad (TDM) supaya diwujudkan Majlis Presiden adalah satu cadangan yang ‘timely’.

Sememangnya akan ada yang menyatakan bahawa ini adalah rancangan beliau untuk menguasai UMNO dan negara kembali. Pendapat begini tidak benar tetapi tidak dapat dielakkan, memandangkan terdapat masih ramai orang yang ‘masih marah’ kepada beliau.

Realitinya, UMNO (dan negara) sememangnya berada dalam keadaan ketandusan pemimpin yang besar, samada dari segi karisma atau idealismanya. Atas sebab-sebab tertentu pemimpin yang ada belum cukup mampu ‘menyarung kasut’ bukan sahaja pemimpin seperti TDM tetapi juga Tun Abdul Razak. (Juga ada orang yang menyalahkan TDM dalam ini, kerana terdapat beberapa timbalannya samaada disingkir atau mengundurkan diri.)

Untuk satu tempoh tertentu, badan seperti Majlis Presiden sangat diperlukan untuk membantu sesiapa saja yang bakal menjadi presiden.

(Nampak gayanya jiran selatan kita lebih menyedari keperluan menggunakan khidmat bekas perdana menterinya untuk terus menasihati golongan muda. Apa saja namanya menteri mentor atau majlis presiden, tujuannya adalah sama. Mereka memerlukan LKY, Malaysia masih memerlukan TDM.)

Thursday, April 24, 2008

Pengajaran dari Luar Negara

Saya sangat bertuah kerana mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ini adalah kerana adanya DEB, yang banyak diperkata dan dicemuh hari ini. Tanpa DEB, adalah mustahil bagi saya anak seorang kampung (penoreh getah) yang hanya “kais pagi, makan pagi, kais petang, belum tentu dapat makan“ dapat sampai ke negara bekas penjajah kita. Ini adalah di antara anugerah terbesar dalam hidup saya.

Saya pun beruntung kerana dihantar ke United Kingdom, bukan ke US, Australia, Jepun dll. Ini adalah kerana Britain adalah negara yang menjajah kita. Dan orang British dikatakan bangsa yang paling rasional di dunia di zaman ini. "I could not agree more."

Tidak banyak yang saya belajar di UK dari segi ilmu teknikal. Sepatutnya saya mengambil bidang kimia. Tetapi hilang minat kerana mendapatinya terlalu sukar. Kemudian belajar tentang komputer. Sekarang ini sudah banyak ketinggalan tentang komputer, disebabkan pesatnya berkembang bidang ini.

Tetapi ada dua perkara lain yang saya belajar dan saya rasakan amat bernilai. Sehingga hari ini masih melekat kuat dalam diri saya. Kedua perkara itu berkait dengan kesederhanaan cara hidup orang British.

Pertama, kesederhanaan ahli politik dan amalan politik mereka.

Kedua, kesederhanaan kehidupan golongan pendidiknya.

Malangnya kedua perkara di atas, terutama yang pertama tidak wujud negara ini. Tidak tahulah samada kita sepatutnya belajar dari mereka atau tidak. Kalau ilmu teknikal kita belajar, mengapa tidak ilmu politik? Bukankah politik demokrasi berparti ini kita ambil dari mereka?

Di Malaysia, cara kita berpolitik terutama berpilihanraya agak ‘memalukan’. Pembaziran yang melampau dalam banyak hal – wang dan masa. Termasuk juga penggunaan poster yang berlebihan. Pilihanraya sudah jadi macam pesta – sesuatu yang meriah. Sepatutnya yang penting adalah mesej atau manifesto. Jangan kira janji-janji kosong dan bermacam-macam perkara yang tidak sepatutnya ada. Sangat malanglah, memandangkan majoriti rakyat negara ini orang Islam. Islam mengajar kesederhanaan.

Agama juga mengajar bahawa kemewahan dan ilmu tidak berjalan seiringan. (Memang ada kes-kes pengecualian, “the exception, not the rule”.) Nampaknya orang-orang British (golongan pendidik mereka) “get it right”. Saya tidak pastilah tentang orang kita. Tetapi nampaknya budaya mewah ini sudah mula merebak dan mencengkam. Trend ke arah itu sudah ada. Mula-mula, memang tidak nampak apa salahnya.

Ilmu komputer yang saya pelajari sedikit sangat yang dapat saya manafaatkan (sempat mengajar komputer selama 13 tahun lebih dan membangun sebuah kursus komputer baru). Tetapi ilmu ‘sains sosial’ yang saya pelajari secara tidak langsung ini, saya rasa amat berguna dan kalau dapat di’apply’kan oleh golongan ahli politik dan pendidik, saya rasa besar manafaatnya. Dan tidak sia-sialah wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai pelajaran saya di luar negara. Ada jugalah manafaat tambahan DEB itu.

Saya sangat setuju dengan kata-kata yang diluahkan oleh seseorang (yang saya sudah lupa siapa). “Manusia di Barat tidak beragama Islam, tetapi memiliki akhlak Islam. Umat Islam beragama Islam, tetapi gagal memiliki akhlak Islam.”

Atau kita berpegang kepada kulit agama, tetapi mengabaikan isinya. Sedangkan orang di Barat sebaliknya.

Tuesday, April 22, 2008

Do We Have Leaders?

I don’t know. Frankly speaking I don’t know.

We have so many so-called leaders. But I doubt that they are leaders. At best they are just politicians. Not even politicians. They are just elected people.

Why is that so?

Because, true leaders care for their people and their country. True leaders possess right ideas and vision.

Most of these people do care for their people and country. But unfortunately, they seem to care more for themselves.

And I am not sure that they have the right ideas and vision for the country. I don't think that they know where to take the country to.

Worse still is the 'religious' people. They are confused between the means and the end. The country and the people might end up not only nowhere, but might also end up in the wrong place.

Monday, April 21, 2008

Pasukan Bolasepak Kita

Prestasi buruk pasukan bolasepak negara sudah banyak diperkatakan. Bermacam sebab diutarakan. Begitu juga jalan penyelesaiannya. Tetapi keadaan tetap tidak berubah.

Pada hemat saya, prestasi buruk itu adalah gambaran sebenarnya masyarakat kita. Bukan saja pasukan bolasepak bermasalah, tetapi hal-hal lain pun bermasalah sama. Hanya tidak berapa kelihatan. Prestasi kita dalam bidang politik/kepimpinan, pendidikan, ekonomi, agama/dakwah, sosial, seni dll tidak kurang mengecewakan.

Ambil contoh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Apa bezanya prestasi bolasepak negara dengan institusi pendidikan? Bukankah dalam ranking dunia, universiti terbaik kita berada di nombor tiga angka (ratus)? Itu universiti kita yang terbaik, bagaimana pula universiti-universiti, politeknik-politeknik, kolej-kolej komuniti, maktab-maktab lain?

Saya sangat yakin (dari apa yang saya lihat selama berada dalam sistem pendidikan), jika diadakan pertandingan satu lawan satu diantara IPTA kita dengan mana-mana IPT dari negara luar, keputusan yang sama diperolehi. Kita akan kalah 0-5 (kekalahan teruk pasukan bolasepak yang terakhir) atau lebih. Kita akan kalah dari segi kepimpinan/pengurusan, RND, kurikulum, displin/sahsiah pelajar, kepuasan pelanggan, pembudayaan ilmu dll.

Hanya satu aspek yang kita boleh menang iaitu "hospitality" atau keraian. Dalam hal ini memang kita hebat, tiada siapa yang boleh menandinginya. "We are second-to-none."

Jadi, apa hendak dipelikkan sangat dengan prestasi pasukan bolasepak kita. Dalam sektor lain pun ketinggalan. Kekalahan demi kekalahan mereka "might be a wake-up call to us."

Renung-renungkanlah hal ini.

Sunday, April 20, 2008

Perihal Bangsa Melayu

Puas saya berfikir dan mencari. Bagaimana untuk menjelaskan kedudukan bangsa Melayu yang sebenarnya. Memang satu proses yang agak sukar.

Sesekali nampak ada kehebatan, sesekali sebaliknya. Hinggalah saya bertemu dengan satu perumpamaan. Tetapi saya tidak pasti samada ia tepat atau tidak.

Saya ternampak bangsa Melayu itu macam sebuah kebun dimana terdapat pokok-pokok. Boleh jadi pokok getah atau pokok durian. Pokok getah atau durian ada 2 kategori - kahwin/cantum atau tidak. Yang dicantum pun ada dua jenis - dengan matatunas berkualiti atau tidak.

Orang-orang Melayu itu adalah seperti pokok getah/durian yang tidak dicantum. Boleh juga dipanggil pokok kampung atau pokok hutan. Kebiasaannya pokok yang tidak dicantum ini mengeluarkan hasil yang kurang baik - kurang lebat kalau buah durian atau kurang susu kalau pokok getah. Kalau pun dicantum, matatunasnya yang digunakan tidak berkualiti - seperti pokok asalnya.

Walau baggaimana pun dalam begitu banyak pokok yang tidak dicantum masih terdapat satu dua pokok yang akan mengeluarkan hasil yang tinggi dan agak baik. Kalau getah, susunya menandingi pokok yang dicantum/kahwin. Tetapi majoriti pokoknya akan mengeluarkan hasil yang kurang memuaskan. (Begitu juga sebaliknya, majoriti pokok cantum akan mengeluarkan hasil yang sangat baik dan ada satu atau dua pokok yang tidak.)

Sebab itu kita dapati bangsa ini keseluruhannya bermasalah dan sangat rendah pencapaiannya dalam banyak aspek, walaupun terdapat di sana-sini dan sekali-sekala pencapaian yang boleh dibanggakan.

Mencantum pokok adalah satu proses yang mudah. Hasilnya memang hampir 100%. Tetapi bagaimana hendak 'mencantum' bangsa?

Tidak lain tidak bukan ialah melalui satu proses pendidikan yang sebenar. Melalui satu proses pendidikan yang sebenarlah yang akan meng'transform'kan sesuatu bangsa dari tahap kualiti 'pokok kampung/hutan' ke tahap kualiti ' pokok cantum/kahwin'.

Wujudkah proses pendidikan yang sebenar itu sekarang?

Jawapannya tiada. Bukan sahaja tiada tetapi kita masih kabur dan keliru tentangnya. Kita masih lagi tercari-cari pendidikan yang sebenar itu. Pendidikan yang ada hari ini masih cacamerba. Selain membaca, menulis dan mengira tidaklah banyak sangat perkara lain yang berguna yang diajar dan boleh dipelajari.

Pendidikan kita yang ada ini belum yang sebenarnya untuk bangsa kita. Pendidikan yang ada hari ini masih ditahap matatunas pokok kampung/hutan. Kualitinya sangat rendah. Dicantum atau tidak dicantum pun tidak membawa perbezaan yang besar.

Begitulah pada pandangan saya kedudukan bangsa/orang Melayu hari ini - umpama pokok yang tidak dicantum atau kalau dicantum pun bukanlah dengan matatunas klon cantuman yang terbaik/berkualiti. Hasilnya, apa yang kita boleh lihat sendiri.

Saturday, April 19, 2008

Siapa Yang Tidak Patriotik?

SIAPA YANG TIDAK PATRIOTIK? Golongan remaja (seperti yang dilaporkan dalam akhbar) atau golongan dewasa/tua terutama pemimpin, pejawat awam dsbnya?

Memang golongan remaja 'banyak buat hal' yang memudaratkan diri dan masyarakat/negara. Bolehlah juga dianggap kurang patriotik. Tetapi adakah golongan lain dianggap patriotik?

Apakah maknanya PATRIOTIK?

Makna PATRIOTIK adalah rasa sayang dan cintakan negara.

Betulkah golongan lain selain dari golongan remaja sayang dan cintakan negara? Bukan sekadar di mulut tetapi di hati dan diungkapkan melalui tindakan.

Ambil satu contoh - kereta nasional. Kita ada perusahaan kereta nasional dan perusahaan ini memerlukan sokongan kita - hampir setiap kita, kalaupun tidak semua. Adakah kita menyokong usaha ini dengan membeli kenderaan nasional - Proton atau Perodua? Bukan saja sebagai kenderaan rasmi (bagi mereka yang disediakan oleh kerajaan), tetapi kegunaan personal?

Siapa yang lebih ramai mengutamakan kenderaan nasional, golongan remaja atau golongan tua/dewasa? (Golongan muda/remaja mungkin membeli kenderaan atas sebab harga.) Boleh jadi bukan saja golongan remaja yang tidak patriotik, tetapi majoriti rakyat negara ini sangat rendah semangat patriotiknya, termasuklah golongan pemimpinnya.

To Politicians Who Criticize Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir was/is not just a politician. He had proven himself to be a leader, one of the great leaders this country has ever produced (in my opinion, apart from the late Tun Abdul Razak). He brought things needed by the country and the people. Of course he did things which are/were not to the liking of some people, especially those in opposition parties.

On the contrary some of those who 'unfairly criticize' him are just politicians. It's yet to see that they will become a leader of this nation. Even elected, it's doubtful that they can perform half as good.

In the first place, it can even be doubted that they are polticians at all. Politicians by definition are people who are competent in managing the affairs and development of a society or a nation. Some of these people might just be called 'elected representives'. Yes, just "Wakil Rakyat".

They are chosen by their parties for various reasons. At best, they are good in their professions either as a businesspeople, doctor or lawyer. Some are almost deadwood, but for some reason are elected to stand in the elections and get elected. They stand for nothing and can hardly contribute anything.

Of course, everybody has the right to criticize, that is democracy is all about - free to choose and free to say. But intentions/motives are very important. If we truly care for the people and the country, our criticisms will be contructive and free from vengeance. Otherwise, anything will go.

2 Penghalang Kpd Kecemerlangan Pendidikan

Banyak faktor yang merangsang kecemerlangan pendidikan. Banyak juga faktor yang menghalang.

Terdapat 2 faktor penghalang yang besar - PELAJAR BERMAKSIAT & PENDIDIK BERMEWAH.

Pelajar (terutama Melayu) terlibat dengan berbagai jenis/bentuk maksiat sudah dimaklumi. Hanya impaknya ke atas pencapaian pendidikan kurang disedari. Banyak orang hanya mengaitkan maksiat dengan dosa (yang dihukum di akhirat kelak). Maksiat menggelapkan hati. Hati yang kotor tidak mendapat petunjuk Tuhan. Pelajar terhalang dari memperolehi ilmu yang berkat dan bermanafaat (walaupun mungkin mendapat keputusan/markah yang tinggi).

Kesan pendidik (guru/pensyarah/professor) bermewah ke atas pendidikan lagi kurang disedari. Budaya mewah dan budaya ilmu tidak berjalan seiringan. Pendidik yang memfokuskan kepada kekayaan/kemewahan akan terhalang dari usaha mencari dan memantapkan ilmu mereka.

Fenomena pendidik bemewah semakin menjadi-jadi di kalangan pendidik Melayu. Kemewahan ini biasanya wujud dalam bentuk kenderaan import yang mahal, rumah/kediaman mewah, keperluan/peralatan rumah, sukan/permainan elit seperti golf, pakaian yang berjenama dll.

Mereka tidak teragak berbelanja untuk benda-benda mewah, tetapi sangat sayang dan berkira apabila membeli bahan bacaan seperti buku. Seminar/kursus tambahan yang dihadiri kebanyakannya adalah yang percuma tajaan jabatan/institusi yang juga kebanyakannya kurang berkualiti dan kurang memenuhi keperluan ilmu mereka.

Budaya mewah ini bukan sekadar melanda golongan pendidik "ilmu sekular", tetapi juga pendidik dari golongan agama.

Sunday, April 13, 2008

Ingin maju, tetapi...

Malaysia ingin maju. Dengan acuannya sendiri.

Bolehkah?

Rakyatnya sangat malas membaca. Pemimpinnya kurang membaca. Dan paling malang, golongan pendidiknya (guru, pensyarah) hampir tidak membaca.

Bolehkah maju tanpa amalan membaca. Adakah wadah lain untuk mendapatkan ilmu selain dari bilik kuliah?

Di negara yang maju di mana saluran penyampaian ilmu seperti media-masa (TV, radio, suratkabar, majalah, seminar dll) mampu menyalurkan ilmu dan informasi yang berkualiti, rakyatnya masih rajin dan kuat membaca.

Tetapi tidak di sini, media-masa menyalurkan bahan yang kurang dari segi kualiti dan kuantiti dan rakyatnya sangat malas dan kurang membaca.

Ingin membangun dan maju dengan acuan sendiri, bertemukah kita dengan acuan itu? Tanpa amalan membaca, dapatkah kita membentuk identiti sendiri? Akan terbentukkah minda yang benar dan selari dalam diri individu-individu? Dapatkah kita menemui destini sebagai satu bangsa dan negara? Akan terbentukkah idealisma yang benar dikalangan pemimpin dan rakyat?

Rasa-rasanya tidak.

Bolehlah maju setakat ini dengan menumpang kemajuan bangsa dan negara lain. Untuk maju dengan kekuatan dan acuan sendiri, perjalanannya masih jauh. Dalam keadaan sekarang masih "jauh panggang dari api".

The Story of Hijacking

You are travelling in a plane.

While on board suddenly it is announced that the plane is being taken over by a hijacker or hijackers.

What is the only thing that can save the situation? What is the only thing that can abort the hijacking?

God's intervention? Possibly.

How does God intervene?

One way is to create air turbulence so hard and terrible that, even the hijacker/hijackers cannot take/stand it... and will force the pilot to land anywhere safe. When the plane lands, the hijacker/hijackers will be become equally sicked (as others on board) that they will have abandon the whole plan or the ground security can easily overpower them...

You see, in life not only planes get hijacked. Other things get hijacked too, including political parties and nations.

Think about it.

Tidak Cerdik, Tidak Senonoh (2)

Banyak pelajar-pelajar Melayu berperangai tidak senonoh. Menderhaka kepada Tuhan (tidak solat, terlibat dengan maksiat, pergaulan bebas yang melampau, merokok dll) dan kurang menghormati orang (guru, jiran, ibubapa).

Inilah satu punca ketidakcemerlangan pelajar Melayu, di mana saja mereka berada. Faktor insaniah mereka tidak beres.

Dibandingkan dengan pelajar-pelajar kaum lain, pelajar-pelajar Melayu 'sangat kurang' dari segi aspek displin diri dan sikap sebagai seorang pelajar. Sekiranya di'rank'kan, majoriti pelajar Cina berada dalam kategori 'A', manakala majoriti pelajar India berada dalam kategori 'A' dan 'B' (ada yang sebaik pelajar Cina, ada yang kurang sedikit). Pelajar Melayu?

Majoriti pelajar Melayu pada hemat saya berada dalam kategori 'B' dan 'C'.

Sedih dan malang, bukan?

Mengapa jadi begini? Mereka adalah 100% beragama Islam. Ibubapa dan datuknenek pun 100% beragama Islam. Mereka belajar Islam dari tadika hinggalah ke IPT. Negara ini pun banyak tokoh agama/ulama yang hebat-hebat (dari segi populariti, tiada tok sami yang boleh menandingi mereka).

Adalah salah dan silapnya cara kita mendidik anak-anak, terutama mendidik mereka dengan agama. Adalah salah dan silapnya sistem pendidikan kita, terutama yang berkaitan dengan pendidikan agama. Adalah salah dan silapnya pada golongan agama dan cara mereka mendidik agama.

Masalah besarnya ialah kita tidak mahu mengaku kesilapan. Kita tetap 'keras hati dan keras kepala' mempertahankan cara kita yang salah. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak dan generasi yang akan datang. Kita pun tidak terlepas sebenarnya dari tanggungjawab ini di akhirat nanti, walaupun di dunia ini kita mampu berhelah.

Friday, April 11, 2008

Congak Mudah (dan Congak Bodoh)

RM1,000,000,000 (1 billion), kalau dibahagi 33,000 dapat lebih kurang RM33,000.

Maknanya wang sebanyak RM1 billion, kalau diberi (atau dipinjamkan) kepada 33,000 orang, dapat buat (atau baiki) lebih kurang 33,000 buah rumah.

Itu kalau RM 1 billion, kalau RM 3 billion? Dapat hampir 100,000 rumah yang selesa, cantik dan fungsional (lengkap 3 atau 4 bilik, ada ruang study atau solat dll). Hebatkan?

100,000 itu hampir bilangan rumah dalam sebuah negeri (saya tidak pasti berapa). Indah dan menariklah negeri tersebut. Kualiti hidup penduduknya meningkat berganda. Terbinalah sebahagian dari Islam Hadhari. Bukankah Islam Hadhari itu Islam Ketamadunan? Bukankah keindahan dan kecantikan itu ciri utama sesuatu tamadun?

Kalau begitu, tidak payahlah dibina masjid yang mahal. Tidak perlu adanya sebuah taman untuk mempamirkan 'kehadharian'. Satu negeri sudah jadi seperti sebuah taman. Pelancung pasti tertarik dan kagum. Setiap rumah boleh dijadikan 'homestay'. Tidak payah kempen beriya pun orang hendak datang tengok.

Sekarang, keadaannya tidak begitu. Memang ada rumah-rumah yang cantik, tetapi sedikit. Yang membentuk lanskapnya adalah rumah-rumah yang agak dhaif.

Apa salahnya kita labur dan leburkan RM 2 atau 3 billion duit pertoleum untuk membantu rakyat memiliki rumah yang selesa? Kita buat masjid mahal-mahal pun buat apa? Silap-silap datang kutukan Tuhan dan berdosa. Kalau wang digunakan ke jalan yang betul, boleh jadi Tuhan datangkan lagi kekayaan dalam bentuk lain. Mungkin jumpa berlian pula! Siapa tahu?

Wang ini boleh diberi saja (kepada mereka yang benar-benar tidak mampu), atau pinjaman mudah dengan tempoh bayaran jangkamasa panjang. Kalau pinjam RM30,000 (tanpa faedah), tempoh pinjaman 30 tahun, bayaran bulanannya hanyalah RM 83.33. Saya rasa semua orang mampu, termasuklah golongan nelayan.

Bukan saja kita boleh beri rakyat peluang miliki rumah yang selesa, tetapi rekabentuknya pun dapat diseragamkan - seperti di negara-negara Barat. Kemas dan teratur jadinya. Tidak payah kempen banyak-banyak tentang Islam Hadhari, kerana ini sudah satu langkah ke sana.

Ini hanyalah congak mudah saya atau orang kata congak bodoh. "But it's all common sense. It's common sense that we are lacking."

Harapan kepada yang Menang

"YANG KALAH TERKEJUT, YANG MENANG LAGI TERKEJUT."

Di kalangan yang kalah ada yang baik, dan begitu juga di kalangan yang menang. Kemenangan bukan semestinya bukti kebenaran. Kebenaran akan terserlah kemudian.

Kepada yang menang buktikanlah keikhlasan dan kemampuan. Memang banyak perkara perlu dilakukan dan banyak masa juga diperlukan. Dalam jangkapendek ini, buktikanlah kelainan dengan mempamirkan gayahidup pemimpin yang sejati.

Pertama, jauhi BUDAYA MEWAH. Bukan sahaja perlunya menggunakan kenderaan yang sederhana (dari segi harga), tetapi sebaiknya menggunakan kenderaan nasional (bukan untuk tugas rasmi sahaja, tetapi juga untuk kegunaan peribadi). Jauhilah dari hobi seperti permainan golf yang bukan sahaja mewah tetapi membuang masa.

Kedua, hidupkan BUDAYA ILMU. Bacalah buku-buku yang memantapkan kepimpinan. Jadikan diri sebagai seorang yang sentiasa mencari kebenaran sesuatu. Bacalah buku-buku tentang komitmen pemimpin negara lain membangunkan bangsa dan negara mereka. Cari dan mantapkanlah ilmu tentang agenda bangsa/negara/umat yang sebenarnya di abad ke 21 ini. Jadilah orang yang banyak berfikir, bertanya dan mendengar.

Dua perkara ini sudah cukup besar untuk manusia menilai. Sekiranya dapat dilakukan, kemungkinan kemenangan akan kekal. Dan lebih utama akan terbentuk satu hari nanti satu barisan pemimpin/umara' yang benar-benar berwibawa. Dan boleh jadi akan berlaku percantuman kembali diantara pemimpin-pemimpin yang terbaik (yang sekarang berada dalam parti yang berlainan).

Adakah Kita Berdoa?

Kebanyakan kita terlalu bersemangat berpolitik. Bahkan ada yang terlalu ghairah. Baguslah kalau itu bidang kita dan kita benar-benar perihatin dengan nasib bangsa dan umat. Kita ada semangat untuk membela dan memperkasakan mereka. Memang banyak perkara yang tidak kena pada kepimpinan/pemerintahan negara hari ini. Sesuatu patut dilakukan.

Selain kita lantang mengkritik dan mendesak, kita perlu juga meminta pertolongan dari Tuhan. Jangan lupa pada Tuhan. Tetapi mintalah benda-benda yang betul.

Saya anjurkanlah kita minta pada Tuhan agar didatangkan kepada kita golongan UMARA'/PEMERINTAH YANG BENAR untuk memimpin. Doakanlah agar Tuhan jauhkan kita dari golongan umara' yang khianat dan memudaratkan.

Disamping itu, doakanlah juga agar Tuhan datangkan kepada kita golongan ULAMA/AGAMA YANG BENAR-BENAR BERPERANAN MENDIDIK DAN MEMBIMBING UMAT. Berdoalah agar Tuhan membimbing kembali golongan ulama/agama (yang telah tersalah jalan/peranan) untuk kembali kepada jalan/peranan mereka yang sebenar - mendidik dan membimbing umat, bukan berpolitik dan merebut kuasa.

Insyallah sekiranya niat kita ikhlas, Tuhan akan makbulkan dan selamatkan kita dari kemelut ini. Dan Tuhan akan datangkan pemimpin yang sangat-sangat kita perlukan hari ini - yang berwawasan dan sangat bertaqwa.

Thursday, April 10, 2008

3 Jenis Penyalahgunaan

Ada 3 jenis penyalahgunaan yang berleluasa dalam masyarakat dan negara ini - penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan pengaruh.
Penyalahgunaan dadah semua orang sudah maklum. Tidak perlu diperkatakan lagi. Rata-rata ia dilakukan oleh golongan muda.

Penyalahgunaan kuasa pun semua orang sudah maklum. Ia melibatkan mereka yang memiliki kuasa, terutamanya kuasa politik.

Penyalahgunaan yang ketiga iaitu penyalahgunaan pengaruh sangat kurang disedari tetapi sangat parah kesannya. Ia bukan sahaja tidak disedari oleh masyarakat tetapi ia juga tidak disedari oleh orang yang mengamalnya.

Penyalahgunaan pengaruh melibatkan golongan agama yang menggunakan pengaruh mereka ke atas masyarakat untuk tujuan mendapatkan kuasa politik. Sepatutnya pengaruh kurniaan Tuhan ini digunakan untuk mendekati masyarakat untuk tujuan mendidik mereka dengan ajaran agama yang benar.

Akibat dari penyalahgunaan pengaruh ini, masyarakat terbiar tanpa bimbingan. Masyarakat menjadi umpama "anak ayam kehilangan ibu". (Mereka sekadar mendapat ilmu tentang amalan agama dari sekolah yang sangat berorientasikan peperiksaan yang menyebabkan ilmu ini gagal diamalkan.)

Tidak hairanlah masyarakat kita terus dilanda oleh pelbagai masalah, walaupun bilangan ahli agama semakin ramai. Ulama dan ahli agama hari ini tidak melaksanakan tugas yang diwariskan oleh nabi - dakwah dan tarbiah. Mereka lebih berminat untuk merebut kuasa dari golongan umara' untuk memerintah. Pengaruh yang ada pada mereka telah disalahgunakan.

Wednesday, April 9, 2008

Menilai Diri Sebagai Pemimpin

Ramai orang merasakan diri mereka sebagai pemimpin (leader). Banyak yang mengimpikan jawatan tertinggi dalam negara - PM.

Layakkah?

Ingin menjadi pemimpin perlu memiliki beberapa ciri. Diantaranya KARISMA, MORAL, NIAT/MOTIF, VISI, KOMPETENSI. Mari kita lihat satu persatu.

KARISMA. Memang ramai yang ada karisma dan yang banyak pengaruh, terutama golongan agama. Mereka dihormati dan disanjung tinggi oleh sebahagian besar masyarakat Melayu. Orang biasa pun tidak kurang yang memiliki karisma yang hebat sehingga ada orang yang sanggup berkorban apa saja untuknya. Kalau kurang karisma/pengaruh pun, mungkin boleh guna cara lain buat orang suka. (Sebab itulah politik wang berleluasa dalam negara ini.)

MORAL. Memang kebanyakan orang memiliki moral di tahap yang diperlukan (tidaklah terlalu bejat akhlaknya), tetapi masih ada orang yang sangat buruk moral/akhlaknya, tetapi tidak diketahui oleh orangramai, termasuk pengikut (atau peminat) masing-masing. Mereka ini termasuk dalam kategori Napoleon Bonaparte yang dikatakan seorang pemimpin yang "unscrupulous" (tidak bermoral) - matlamat mereka hanyalah kuasa. "Power for the sake of power." "Power is my mistress", kata Napoleon.

NIAT/MOTIF. Banyak yang tidak lepas tapisan ini. Sangat sedikit yang memiliki niat yang suci, kalau tidak pun kerana Tuhan tetapi atas dasar cintakan bangsa dan negara. Susahnya mereka yang berkepentingan diri ialah mereka akan gagal melakukan apa yang diperlukan oleh bangsa dan negara apabila berkuasa - terlalu banyak pertimbangan peribadi. Lagi pun pemimpin begini akan dikelilingi oleh orang seperti mereka juga. Yang berlatar belakang agama pun belum tentu suci niatnya.

VISI. Visi terdiri dari idealisma dan idea-idea yang besar. Yang ini sangat kurang atau boleh dikatakan tiada. Kalau ada pun sukar diketahui orangnya. Idea-idea boleh didapati dari penasihat-penasihat tetapi idealisma terbentuk dalam diri sendiri (spt iman, ia tidak boleh diwarisi). Setakat ini nampaknya hanya ada dua orang pemimpin yang ada visi atau idea besar iaitu Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir. Kebanyakan (boleh dikatakan hampir semua) golongan agama gagal di sini. (Matlamat utama mereka apabila berkuasa adalah untuk melaksanakan hukum/perundangan agama.)

Mengambilkira 2 kriteria ini pun (niat/motif dan visi) sudah ramai yang 'kandas' - gagal ujian kepimpinan. Tanpa kedua ini amat sukar seseorang menjadi pemimpin yang berkesan, walaupun ia memiliki kecekapan (kompetensi) dalam hal-hal pengurusan, pentadbiran, karisma yang hebat dll.

Terdapat satu lagi ciri yang paling tinggi - TAQWA. Orang bertaqwa dibantu Tuhan. Pemimpin yang memiliki moral yang baik, niat yang baik/suci, visi yang benar dan bertaqwa adalah seorang SUPERLEADER. Bertaqwa itu tiada kaitan dengan kelayakan agama sesorang. Seorang pemimpin yang "sekular" itu boleh jadi lebih bertaqwa dari seorang ahli agama/ulama. Mungkin kita masih ternanti kedatangannya?

Nilailah diri sekiranya bercita-cita mahu jadi pemimpin negara (atau negeri). Baiki dan pertingkatkanlah diri anda. Bangsa dan negara sangat memerlukan pemimpin/umara' yang berkualiti (bermoral, memiliki niat/motif yang suci - "care for the people", memiliki visi yang besar dan benar, kompeten). Dan yang terbaik memiliki sifat taqwa.

Tuesday, April 8, 2008

AKAN DATANG ...

- Kesilapan Menilai & Memilih Pemimpin
- Kisah Napoleon (Napoleon di kalangan Kita)
- The Tumour of Malaysian Politics

- Musang Berbulu Ayam?
- Melayu & Perjuangan

- "Rabani, Insani & Madani"?
- Antara 2 Jenis Pemimpin

- Antara Ahli Politik dan Pemimpin
- 25 Tahun dalam Pendidikan
- Majukah Kita Sebenarnya?

- Minda Kelas Pertama
- Kemelut Politik Melayu
- Malaysia Negara Bertuah?
- Patriotisma ala Kita?
- Perlaksanaan ISO di IPTA - Menjana dan Menjamin Kualiti?

- Lagi Perihal Pelajar Melayu
- Nasib Bolasepak Kita
- Tidak Membaca, Tidak Membaja

- Kecelaruan Bahasa Melayu
- Dikagumi, tetapi tidak dicontohi
- Ulama Sebagai Pemerintah?
- Jatidiri Manusia Abad ke 21

- Pemerkasaan Golongan Agama
- Kelemahan Jemaah Islam di Malaysia
- Kelesuan Golongan Pendidik
- Isu Bahasa
- Reformasi Politik Malaysia
- Pemantapan IPTA
- Punca Ketempangan Ilmu
- Golongan Agama Merokok, Wanita Pun Merokok
- Pejawat Awam - JASA atau JUSA?
- Mesyuarat, Mesyuarat, Mesyuarat
- Antara Kesesatan Akidah dan Kesesatan Pemikiran
- 2 Sayap Kehidupan (2 Wings of Life) dll.


3 Golongan Yang Mengecewakan

Macam ada sesuatu yang tidak kena pada bangsa ini. Bukan saja golongan remaja/mudanya dilanda oleh pelbagai masalah, tetapi golongan tua/dewasanya pun tidak terkecuali.

Golongan muda dengan masalah sosialnya yang bermacam-macam, golongan tua pula terlibat dengan amalan yang tidak kurang memudaratkan seperti salahguna kuasa, tidak amanah, rasuah, politik yang merugikan bangsa dll.

Memang banyak pihak boleh dipersalahkan. Setiap pihak menyumbang kepada kepincangan atau kecelaruan yang melanda bangsa dewasa ini. Pada hemat saya, ada tiga golongan utama yang gagal berfungsi sebaiknya. Mereka sangat mengecewakan. Mereka inilah yang menyumbang besar kepada kepincangan masyarakat hari ini.

Pertama, golongan pemimpin atau pemerintah.

Kedua, golongan agama.

Ketiga, golongan pendidik.

Sekiranya satu bangsa itu diibaratkan sebagai satu keluarga, golongan pemimpin atau pemerintah adalah bapa dalam keluarga tersebut, golongan agama/ulama adalah ibu, manakala golongan pendidik (guru, pensyarah, cerdikpandai) adalah seperti abang atau kakak.

Golongan pemimpin/pemerintah rakus dengan kuasa. Tidak kurang juga yang angkuh. Kuasa politik bukan digunakan untuk tujuan kebaikan rakyat, tetapi untuk kepentingan peribadi atau 'personal glory'. Kedudukan dan kuasalah yang menjadi buruan utama, bukan keinginan untuk membela bangsa. Perjuangan untuk membela 'bangsa, agama dan negara' itu hanyalah mainan di bibir sahaja bagi kebanyakan mereka. Perkara ini diketahui oleh kebanyakan orang termasuk mereka yang terbabit sama.

Golongan agama (terutama ulama) rata-rata keliru dalam berperanan. Mereka gagal mewarisi peranan nabi untuk membimbing dan mendidik manusia. Mereka gagal menghayati visi dan misi perjuangan nabi dan orang-orang soleh yang terdahulu. Akibatnya mereka samada sekadar menjadi tok imam di masjid dan surau sahaja atau menceburkan diri dalam politik berparti (dalam agama ada politik) dan bergelut untuk merebut kuasa politik. (Mereka merasakan melalui kuasa politik segala masalah hanya dihadapi oleh masyarakat akan dapat diatasi.) Mereka meninggalkan tugas utama mereka iaitu dakwah dan tarbiah. Akibat meninggalkan tugas dakwah dan tarbiah menyebabkan masyarakat tidak terbimbing dan gagal memahami tuntutan agama yang sebenarnya. Perkara ini disedari oleh sebahagian orang.

Golongan pendidik hari ini gagal menjadi 'lilin yang membakar dirinya' untuk menerangi orang lain. Kebanyakan mereka bekerja hanya sekadar untuk makan gaji (sumber pendapatan). Memang ramai yang menceburi bidang pendidikan adalah kerana sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain. Mereka bukan sahaja kurang minat dan tidak berbakat dalam bidang ini, tetapi juga kurang komited atau tiada komitmen samasekali. Tidak kurang juga yang bercita-cita tinggi sehingga menjadikan jawatan itu perkara yang paling utama, pelajar-pelajar perkara kedua. Mereka lebih berminat untuk mengejar pangkat dan jawatan dari mengurus dan membangun pendidikan yang berkualiti. Inilah diantara sebab yang menjadikan pusat-pusat pendidikan (sekolah, IPT) hari lembab, kurang bermaya dan sangat rendah kualitinya. Perkara ini diketahui oleh sedikit orang.

Memang masih ada dikalangan pemimpin, ahli agama dan pendidik yang bertanggungjawab, amanah, mengutamakan orang lain dari diri sendiri, memiliki komitmen yang sangat tinggi, hingga ke tahap sanggup berkorban - "the people are always on their minds and are always in their hearts". Tetapi golongan mereka sangatlah kecil.

Mungkin sukar bagi sesetengah orang menerima pandangan ini. Satu sebabnya ialah tabiat kita yang suka melihat dan menyalahkan orang atau golongan lain. Kita dan golongan kita betul, yang salah ialah orang atau golongan lain. Kecenderungan ini sangat kuat di kalangan orang agama.

Wednesday, April 2, 2008

Layakkah Anda Menjadi Pemimpin?

Ramai orang mahu jadi pemimpin (maksudnya menjadi pemimpin masyarakat atau negara). Tetapi tidak ramai yang layak. Sebahagiannya hanya ada pengaruh dan karisma, tidak lebih dari itu. Sebahagiannya hanyalah sekadar ahli politik. Ada pengikut, tetapi tidak tahu hendak dibawa ke mana. Juga tidak ada idea yang benar untuk membangunkan negara dan rakyat. Ada juga yang hendak berkuasa semata-mata untuk melaksanakan undang-undang sahaja.

Tanyalah diri anda soalan-soalan berikut sebelum menjadi pemimpin atau untuk menilai kualiti kempimpinan anda.

HOW MUCH DO YOU CARE?
Do you really care for the country/people?
Or is it for your own interests?

WHERE DO YOU WANT TO TAKE THE COUNTRY/PEOPLE?
What do you want the country/people to achieve?
Do you know their potential?
Do you have the right vision (ideas, idealism) for the country and the people?

HOW COMPETENT ARE YOU?
Do you know what it takes to realise the vision?
Are you capable strategising and implementing the vision?

IS GOD (AND THE PEOPLE) WITH YOU?

Last but not least, to lead is not easy, you need all the help you can get. God and people won't be with you if you have selfish motives, or you are morally corrupted or unscrupulous - the fate that befell Napoleon awaits you.

Soalan-soalan di atas boleh membantu memperjelaskan (clarify) kualiti kepimpinan yang ada pada diri kita. Sekadar "berjuang untuk agama, bangsa & negara" mungkin tidak mencukupi - boleh jadi slogan di mulut sahaja. Atau pun apa yang kita rasakan perlu untuk rakyat, sebenarnya tidaklah begitu perlu. Kadang-kadang juga ada sahsiah/akhlak kita yang "get in the way" dalam kita melaksanakan tugas sebagai pemimpin.

Keputusan PRU-12, Satu Campurtangan Tuhan?

Terdapat berbagai reaksi terhadap kepada keputusan Pilihanraya Umum ke 12.

Terdapat bermacam tafsiran.

TIDAK MUNGKINKAH INI SATU CAMPURTANGAN TUHAN?

Mengapa Tuhan perlu campurtangan?

Kemungkinan ada dua sebab utama.

Pertama, untuk mengubah keadaan - yang sangat sukar diubah dalam keadaan biasa.

Kedua, untuk menyelamatkan negara ini dari satu malapetaka yang besar. Sekiranya tidak berlaku apa yang telah berlaku, politik negara ini akan berubah selama-lamanya. "Things will not be the same again". Bukankah kita pernah berada "di tepi mulut harimau" dan terselamat darinya?

Tidak mungkinkah kita yang terselamat dari "mulut harimau", sedang berada pula "di tepi mulut buaya"? Tetapi kali ini kita tidak mampu menghindarinya? Hanya campurtangan Tuhanlah yang menyelamatkan kita.

Dadah Musuh No. 1 Negara?

DADAH MUSUH NO. 1 NEGARA?

Nampak seperti benar. Tetapi saya tidak fikir begitu.

Dadah memang bahaya - sangat bahaya. Ia membawa korban yang besar, ia harus dibendung, tetapi bukan musuh yang paling bahaya. Ia sangat memudaratkan tetapi tidak sampai ke tahap menghancurkan negara. Terdapat ancaman lain yang lebih besar dan lebih merbahaya kepada survival bangsa dan negara.

Apakah ancaman itu?

Pertama, golongan pemimpin yang khianat.
Kedua, golongan agama yang keliru.
Ketiga, generasi muda yang tidak bermoral.

Golongan pemimpin yang khianat boleh menyebabkan negara tergadai dan dijajah kembali. Golongan ini sanggup melakukan apa saja untuk mencapai maksud mereka - merebut atau mempertahankan kuasa. Sejarah membuktikan ini.

Golongan agama yang keliru perjuangan akan menyebabkan kemudaratan kepada bangsa dan negara akibat memburu agenda yang salah. Bukan sahaja rakyat tidak terbimbing (kerana golongan agama mengabaikan atau meringankan dakwah dan tarbiah, sebaliknya memburu kuasa politik), malah malapetaka yang lebih besar boleh berlaku - negara menjadi Bosnia kedua.

Golongan generasi muda yang tidak bermoral, yang terlibat dalam berbagai jenis maksiat terutama salahlaku seksual (zina), arak dan penyalahgunaan dadah akan membawa bencana kepada bangsa dan negara. Pada masa ini gejala ini berada di tahap yang membimbangkan. Bukankah salah seorang nabi (Nabi Zulkifli?) diutus kepada kaum yang golongan mudanya rosak?

Penyalahgunaan dadah perlu diperangi, tetapi jangan lupa terdapat ancaman yang lebih besar dan lebih merbahaya.

Mengapa Kita Belum Mahu Belajar?

Bangsa Melayu adalah satu bangsa yang malang. Mereka bukan sahaja mudah lupa, tetapi mereka juga tidak mahu belajar dari peristiwa lepas.

Bangsa yang melupakan sejarah dan tidak mahu belajar darinya akan pasti mengulangi peristiwa malang masa lalu berulang kali.

Bangsa ini pernah berada di tepi mulut harimau dan nyaris-nyaris dibaham. Nasib baik ia terlepas dan terselamat.

Tapi kini berada pula di tepi mulut buaya, hanya menunggu masa untuk dibaham dan ditelan.

Sedarkah kita akan perkara ini?

Tuesday, April 1, 2008

Kita Bangsa Yang Lupakan Tuhan?

Apa yang telah terjadi pada bangsa ini?

Masalah demi masalah datang silih berganti. Belum selesai satu masalah, timbul pula masalah yang lain.

Bukan sekadar golongan remaja, tetapi golongan lain juga dilanda masalah.

Golongan remaja terjebak dengan pelbagai gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah, salahlaku seksual, jenayah dan berbagai bentuk amalan yang tidak bermoral.

Kini negara dilanda kembali krisis kepimpinan seperti yang berlaku pada tahun 1980an dan 1990an.

Apakah punca yang sebenarnya?

Mungkinkah sebenarnya kita bangsa yang lupakan Tuhan? Dan Tuhan lupakan kita dan membuat kita lupa pada diri kita sendiri?