Apabila kita sakit, kita berjumpa doktor atau pakar perubatan. Kita dengar dan akur keputusan mereka. Jarang-jarang kita memandai-mandai dalam hal ini.
Kita tahu had ilmu kita. Hitam kata mereka, hitamlah. Putih kata mereka, putihlah. Bedah kata mereka, bedahlah. Potong kata mereka, potonglah.
Sekiranya sakit itu serius, kita mungkin minta pandangan kedua, itu pun juga dari golongan pakar.
Tetapi berbeza dalam hal politik dan kepimpinan. Sejahil-jahil kita pun nampaknya sangat pandai. Semua orang serba tahu. Tidak perlu kepada pandangan pakar lagi. Seorang tokoh dalam bidang ini sama saja dengan seorang yang boleh dikatakan tidak tahu apa-apa. Seorang “Dr. Mahathir” sama dengan seorang “Pak Pandir”.
Malangnya yang rasa serba tahu dan semua tahu ini, tidak tahu apa-apa. Apa yang dikatakan pandangan itu sebenarnya hanyalah ‘perasaan’. Mereka bertindak bukan atas dasar ilmu tetapi ikut rasa.
Rasa ini pun biasanya adalah rasa yang mudah dirasok atau dicocok, tanpa disedari. Terutama oleh golongan berpengaruh dalam masyarakat.
Inilah malangnya bangsa yang tiada budaya ilmu. Ilmu dituntut sekadar untuk pulangan kebendaan (wang, pangkat, kedudukan). Selain itu ilmu tidak dihargai – tidak dicari dan digunakan dalam membuat pertimbangan.
Politik dan kepimpinan itu adalah satu bidang. Ia mempunyai ilmunya sendiri. Bukan ikut sedap rasa. Ilmu ini tiada pada kebanyakan kita. Masalah besarnya kita tidak tahu yang kita tidak tahu.
Ada ilmu tentang siapa layak memimpin. Ada ilmu tentang halatuju sesuatu bangsa dan negara.
Sekiranya seseorang itu sakit ia dirujuk kepada seorang doktor atau pakar perubatan. Begitu jugalah sekiranya kepimpinan sesuatu bangsa dan negara itu sakit, ia perlu dirujuk kepada pakarnya.
Tetapi malangnya kita tidak berbuat begitu.
Seorang yang boleh dianggap doktor dalam hal ini (politik dan kepimpinan), dengan mudah diperlekehkan pandangan dan tindakannya. Setiap kita mengeluarkan pendapat seperti sangat tahu tentang perkara ini. Sepatutnya kita mengkaji mengapa ia bertindak demikian. Kita selidik apa sebenarnya berlaku dan akan berlaku. Kalau tidak tahu, bertanyalah kepada yang lebih tahu.
Seorang doktor sangat peka kepada benih penyakit walaupun kecil. Barah yang membunuh itu bermula dengan tumor yang kecil sahaja. Tetapi, jika dibiarkan ia akan membesar. Apabila sudah besar, sudah tiada harapan untuk menyembuhnya lagi.
Begitu juga barah dalam kepimpinan sesuatu bangsa atau negara. Ia bermula kecil. Ia memerlukan seorang pakar (orang yang berilmu) untuk mengetahui kewujudan dan langkah-langkah awal pencegahannya.
Malangnya, kita dalam hal ini bukan saja jahil tetapi tidur. Kita akan terjaga dan terkejut apabila keadaan sudah menjadi parah. Ini pernah berlaku di penghujung tahun 90an, dan berkemungkinan berlaku lagi dalam masa terdekat ini.
Kalau sebelum ini kita terselamat dari mulut harimau, selepas ini tidak pasti kita akan selamat dari mulut buaya.
Tun Dr. Mahathir Mohammad mahu menyelamatkan kita dari mulut buaya. Tetapi kebanyakan kita tidak sedar.

No comments:
Post a Comment