Friday, May 23, 2008

Mengapa Kita Mesti Bersama TDM

Kita sepatutmya berteimakasih kepada TDM dan bersyukur kepada Tuhan kerana ia masih berada bersama kita.

Bukan sahaja kita memerlukan beliau sebelum ini sebagai pemimpin, tetapi kita memerlukan beliau sekarang untuk menyelamatkan bangsa dan negara ini dari satu malapetaka yang sangat besar.

Ramai diantara kita tidak menyedari bahawa negara ini berada di ambang malapetaka politik yang sangat besar.

Banyak orang mengetahui kewujudan individu tertentu dalam UMNO dan individu ini sangat berpengaruh dalam urusan pemerintahan negara. Di sana-sini orang bercakap tentangnya. Dan kebanyakan (hampir semua) orang sedar akan keburukannya.

Tetapi tidak ramai yang menyedari bahawa individu ini boleh membawa malapetaka kepada bangsa dan negara suatu hari nanti, jika dibiarkan terus mengukuh kedudukan dan berjaya mengambil alih pemerintahan negara.

Umpama kuman yang menyebabkan kanser, ia bermula kecil. Tetapi tidak seperti kebanyakan benih penyakit lain, benih kanser akan cepat membesar dan dalam masa yang singkat ia akan merebak keseluruh anggota dan akhirnya membunuh.

Sebagai seorang doktor, TDM sangat peka hal seperti ini. Sebagai seorang tokoh pemimpin dan politik, beliau nampak penyakit yang sama yang menghinggapi tubuh badan parti dan bangsa. Beliau boleh melihat apa yang bakal berlaku suatu hari nanti kepada politik dan kepimpinan negara ini jika kuman penyakit ini dibiarkan merebak.

Sebab itulah beliau begitu bersungguh-sungguh dan kelihatan “desperate” untuk melakukan sesuatu untuk membenteras kanser yang bakal menjahanamkan kalau pun tidak membunuh bangsa dan negara ini.

Sebab ini jugalah kita sepatutnya bersama beliau.

Sedarlah bahawa perkara ini adalah real. Real seperti detik dan ketika penjajah-penjajah mula-mula mendarat di pantai negara ini lebih kurang 150 tahun yang lepas. (Ketika itu kita tidak tahu apa yang dilakukan oleh pemerintah dan rakyat negara ini.) Tetapi sekarang jelas ramai diantara kita berada dalam keadaan tidak sedar. Ramai tidak sedar bahawa negara ini sedang dalam proses di”hijack” oleh golongan tertentu. Banyak yang menganggap ini perkara biasa atau ini adalah masalah UMNO yang perlu diselesaikan oleh UMNO sendiri. Parti pembangkang pun mengambil pendirian tunggu dan lihat dan merasakan ini adalah kesempatan yang boleh di’exploit’ untuk kepentingan mereka.

Sebenarnya tidak. Ini akan menjadi tragedi bangsa kita. Malapetaka ini akan menimpa semua orang, semua golongan dan semua parti/kumpulan. Dan yang akan menanggung derita yang lebih besar ialah generasi akan datang.

Seluruh rakyat negara ini tidak kira kumpulan dan fahaman masing-masing perlu bersatu di belakang TDM dalam hal ini.

Bersatulah sebelum nasi menjadi bubur. Janganlah tragedi-tragedi malang yang menimpa bangsa ini sejak beratus tahun yang lalu berulang lagi.

No comments: