Banyak pelajar-pelajar Melayu berperangai tidak senonoh. Menderhaka kepada Tuhan (tidak solat, terlibat dengan maksiat, pergaulan bebas yang melampau, merokok dll) dan kurang menghormati orang (guru, jiran, ibubapa).
Inilah satu punca ketidakcemerlangan pelajar Melayu, di mana saja mereka berada. Faktor insaniah mereka tidak beres.
Dibandingkan dengan pelajar-pelajar kaum lain, pelajar-pelajar Melayu 'sangat kurang' dari segi aspek displin diri dan sikap sebagai seorang pelajar. Sekiranya di'rank'kan, majoriti pelajar Cina berada dalam kategori 'A', manakala majoriti pelajar India berada dalam kategori 'A' dan 'B' (ada yang sebaik pelajar Cina, ada yang kurang sedikit). Pelajar Melayu?
Majoriti pelajar Melayu pada hemat saya berada dalam kategori 'B' dan 'C'.
Sedih dan malang, bukan?
Mengapa jadi begini? Mereka adalah 100% beragama Islam. Ibubapa dan datuknenek pun 100% beragama Islam. Mereka belajar Islam dari tadika hinggalah ke IPT. Negara ini pun banyak tokoh agama/ulama yang hebat-hebat (dari segi populariti, tiada tok sami yang boleh menandingi mereka).
Adalah salah dan silapnya cara kita mendidik anak-anak, terutama mendidik mereka dengan agama. Adalah salah dan silapnya sistem pendidikan kita, terutama yang berkaitan dengan pendidikan agama. Adalah salah dan silapnya pada golongan agama dan cara mereka mendidik agama.
Masalah besarnya ialah kita tidak mahu mengaku kesilapan. Kita tetap 'keras hati dan keras kepala' mempertahankan cara kita yang salah. Yang menjadi mangsa ialah anak-anak dan generasi yang akan datang. Kita pun tidak terlepas sebenarnya dari tanggungjawab ini di akhirat nanti, walaupun di dunia ini kita mampu berhelah.
No comments:
Post a Comment