Saya sangat bertuah kerana mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Ini adalah kerana adanya DEB, yang banyak diperkata dan dicemuh hari ini. Tanpa DEB, adalah mustahil bagi saya anak seorang kampung (penoreh getah) yang hanya “kais pagi, makan pagi, kais petang, belum tentu dapat makan“ dapat sampai ke negara bekas penjajah kita. Ini adalah di antara anugerah terbesar dalam hidup saya.
Saya pun beruntung kerana dihantar ke United Kingdom, bukan ke US, Australia, Jepun dll. Ini adalah kerana Britain adalah negara yang menjajah kita. Dan orang British dikatakan bangsa yang paling rasional di dunia di zaman ini. "I could not agree more."
Tidak banyak yang saya belajar di UK dari segi ilmu teknikal. Sepatutnya saya mengambil bidang kimia. Tetapi hilang minat kerana mendapatinya terlalu sukar. Kemudian belajar tentang komputer. Sekarang ini sudah banyak ketinggalan tentang komputer, disebabkan pesatnya berkembang bidang ini.
Tetapi ada dua perkara lain yang saya belajar dan saya rasakan amat bernilai. Sehingga hari ini masih melekat kuat dalam diri saya. Kedua perkara itu berkait dengan kesederhanaan cara hidup orang British.
Pertama, kesederhanaan ahli politik dan amalan politik mereka.
Kedua, kesederhanaan kehidupan golongan pendidiknya.
Malangnya kedua perkara di atas, terutama yang pertama tidak wujud negara ini. Tidak tahulah samada kita sepatutnya belajar dari mereka atau tidak. Kalau ilmu teknikal kita belajar, mengapa tidak ilmu politik? Bukankah politik demokrasi berparti ini kita ambil dari mereka?
Di Malaysia, cara kita berpolitik terutama berpilihanraya agak ‘memalukan’. Pembaziran yang melampau dalam banyak hal – wang dan masa. Termasuk juga penggunaan poster yang berlebihan. Pilihanraya sudah jadi macam pesta – sesuatu yang meriah. Sepatutnya yang penting adalah mesej atau manifesto. Jangan kira janji-janji kosong dan bermacam-macam perkara yang tidak sepatutnya ada. Sangat malanglah, memandangkan majoriti rakyat negara ini orang Islam. Islam mengajar kesederhanaan.
Agama juga mengajar bahawa kemewahan dan ilmu tidak berjalan seiringan. (Memang ada kes-kes pengecualian, “the exception, not the rule”.) Nampaknya orang-orang British (golongan pendidik mereka) “get it right”. Saya tidak pastilah tentang orang kita. Tetapi nampaknya budaya mewah ini sudah mula merebak dan mencengkam. Trend ke arah itu sudah ada. Mula-mula, memang tidak nampak apa salahnya.
Ilmu komputer yang saya pelajari sedikit sangat yang dapat saya manafaatkan (sempat mengajar komputer selama 13 tahun lebih dan membangun sebuah kursus komputer baru). Tetapi ilmu ‘sains sosial’ yang saya pelajari secara tidak langsung ini, saya rasa amat berguna dan kalau dapat di’apply’kan oleh golongan ahli politik dan pendidik, saya rasa besar manafaatnya. Dan tidak sia-sialah wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai pelajaran saya di luar negara. Ada jugalah manafaat tambahan DEB itu.
Saya sangat setuju dengan kata-kata yang diluahkan oleh seseorang (yang saya sudah lupa siapa). “Manusia di Barat tidak beragama Islam, tetapi memiliki akhlak Islam. Umat Islam beragama Islam, tetapi gagal memiliki akhlak Islam.”
Atau kita berpegang kepada kulit agama, tetapi mengabaikan isinya. Sedangkan orang di Barat sebaliknya.

No comments:
Post a Comment