Ada 3 jenis penyalahgunaan yang berleluasa dalam masyarakat dan negara ini - penyalahgunaan dadah, penyalahgunaan kuasa dan penyalahgunaan pengaruh.
Penyalahgunaan dadah semua orang sudah maklum. Tidak perlu diperkatakan lagi. Rata-rata ia dilakukan oleh golongan muda.
Penyalahgunaan kuasa pun semua orang sudah maklum. Ia melibatkan mereka yang memiliki kuasa, terutamanya kuasa politik.
Penyalahgunaan yang ketiga iaitu penyalahgunaan pengaruh sangat kurang disedari tetapi sangat parah kesannya. Ia bukan sahaja tidak disedari oleh masyarakat tetapi ia juga tidak disedari oleh orang yang mengamalnya.
Penyalahgunaan pengaruh melibatkan golongan agama yang menggunakan pengaruh mereka ke atas masyarakat untuk tujuan mendapatkan kuasa politik. Sepatutnya pengaruh kurniaan Tuhan ini digunakan untuk mendekati masyarakat untuk tujuan mendidik mereka dengan ajaran agama yang benar.
Akibat dari penyalahgunaan pengaruh ini, masyarakat terbiar tanpa bimbingan. Masyarakat menjadi umpama "anak ayam kehilangan ibu". (Mereka sekadar mendapat ilmu tentang amalan agama dari sekolah yang sangat berorientasikan peperiksaan yang menyebabkan ilmu ini gagal diamalkan.)
Tidak hairanlah masyarakat kita terus dilanda oleh pelbagai masalah, walaupun bilangan ahli agama semakin ramai. Ulama dan ahli agama hari ini tidak melaksanakan tugas yang diwariskan oleh nabi - dakwah dan tarbiah. Mereka lebih berminat untuk merebut kuasa dari golongan umara' untuk memerintah. Pengaruh yang ada pada mereka telah disalahgunakan.
No comments:
Post a Comment