Friday, April 11, 2008

Congak Mudah (dan Congak Bodoh)

RM1,000,000,000 (1 billion), kalau dibahagi 33,000 dapat lebih kurang RM33,000.

Maknanya wang sebanyak RM1 billion, kalau diberi (atau dipinjamkan) kepada 33,000 orang, dapat buat (atau baiki) lebih kurang 33,000 buah rumah.

Itu kalau RM 1 billion, kalau RM 3 billion? Dapat hampir 100,000 rumah yang selesa, cantik dan fungsional (lengkap 3 atau 4 bilik, ada ruang study atau solat dll). Hebatkan?

100,000 itu hampir bilangan rumah dalam sebuah negeri (saya tidak pasti berapa). Indah dan menariklah negeri tersebut. Kualiti hidup penduduknya meningkat berganda. Terbinalah sebahagian dari Islam Hadhari. Bukankah Islam Hadhari itu Islam Ketamadunan? Bukankah keindahan dan kecantikan itu ciri utama sesuatu tamadun?

Kalau begitu, tidak payahlah dibina masjid yang mahal. Tidak perlu adanya sebuah taman untuk mempamirkan 'kehadharian'. Satu negeri sudah jadi seperti sebuah taman. Pelancung pasti tertarik dan kagum. Setiap rumah boleh dijadikan 'homestay'. Tidak payah kempen beriya pun orang hendak datang tengok.

Sekarang, keadaannya tidak begitu. Memang ada rumah-rumah yang cantik, tetapi sedikit. Yang membentuk lanskapnya adalah rumah-rumah yang agak dhaif.

Apa salahnya kita labur dan leburkan RM 2 atau 3 billion duit pertoleum untuk membantu rakyat memiliki rumah yang selesa? Kita buat masjid mahal-mahal pun buat apa? Silap-silap datang kutukan Tuhan dan berdosa. Kalau wang digunakan ke jalan yang betul, boleh jadi Tuhan datangkan lagi kekayaan dalam bentuk lain. Mungkin jumpa berlian pula! Siapa tahu?

Wang ini boleh diberi saja (kepada mereka yang benar-benar tidak mampu), atau pinjaman mudah dengan tempoh bayaran jangkamasa panjang. Kalau pinjam RM30,000 (tanpa faedah), tempoh pinjaman 30 tahun, bayaran bulanannya hanyalah RM 83.33. Saya rasa semua orang mampu, termasuklah golongan nelayan.

Bukan saja kita boleh beri rakyat peluang miliki rumah yang selesa, tetapi rekabentuknya pun dapat diseragamkan - seperti di negara-negara Barat. Kemas dan teratur jadinya. Tidak payah kempen banyak-banyak tentang Islam Hadhari, kerana ini sudah satu langkah ke sana.

Ini hanyalah congak mudah saya atau orang kata congak bodoh. "But it's all common sense. It's common sense that we are lacking."

No comments: