Sunday, April 13, 2008

Ingin maju, tetapi...

Malaysia ingin maju. Dengan acuannya sendiri.

Bolehkah?

Rakyatnya sangat malas membaca. Pemimpinnya kurang membaca. Dan paling malang, golongan pendidiknya (guru, pensyarah) hampir tidak membaca.

Bolehkah maju tanpa amalan membaca. Adakah wadah lain untuk mendapatkan ilmu selain dari bilik kuliah?

Di negara yang maju di mana saluran penyampaian ilmu seperti media-masa (TV, radio, suratkabar, majalah, seminar dll) mampu menyalurkan ilmu dan informasi yang berkualiti, rakyatnya masih rajin dan kuat membaca.

Tetapi tidak di sini, media-masa menyalurkan bahan yang kurang dari segi kualiti dan kuantiti dan rakyatnya sangat malas dan kurang membaca.

Ingin membangun dan maju dengan acuan sendiri, bertemukah kita dengan acuan itu? Tanpa amalan membaca, dapatkah kita membentuk identiti sendiri? Akan terbentukkah minda yang benar dan selari dalam diri individu-individu? Dapatkah kita menemui destini sebagai satu bangsa dan negara? Akan terbentukkah idealisma yang benar dikalangan pemimpin dan rakyat?

Rasa-rasanya tidak.

Bolehlah maju setakat ini dengan menumpang kemajuan bangsa dan negara lain. Untuk maju dengan kekuatan dan acuan sendiri, perjalanannya masih jauh. Dalam keadaan sekarang masih "jauh panggang dari api".

No comments: