DADAH MUSUH NO. 1 NEGARA?
Nampak seperti benar. Tetapi saya tidak fikir begitu.
Dadah memang bahaya - sangat bahaya. Ia membawa korban yang besar, ia harus dibendung, tetapi bukan musuh yang paling bahaya. Ia sangat memudaratkan tetapi tidak sampai ke tahap menghancurkan negara. Terdapat ancaman lain yang lebih besar dan lebih merbahaya kepada survival bangsa dan negara.
Apakah ancaman itu?
Pertama, golongan pemimpin yang khianat.
Kedua, golongan agama yang keliru.
Ketiga, generasi muda yang tidak bermoral.
Golongan pemimpin yang khianat boleh menyebabkan negara tergadai dan dijajah kembali. Golongan ini sanggup melakukan apa saja untuk mencapai maksud mereka - merebut atau mempertahankan kuasa. Sejarah membuktikan ini.
Golongan agama yang keliru perjuangan akan menyebabkan kemudaratan kepada bangsa dan negara akibat memburu agenda yang salah. Bukan sahaja rakyat tidak terbimbing (kerana golongan agama mengabaikan atau meringankan dakwah dan tarbiah, sebaliknya memburu kuasa politik), malah malapetaka yang lebih besar boleh berlaku - negara menjadi Bosnia kedua.
Golongan generasi muda yang tidak bermoral, yang terlibat dalam berbagai jenis maksiat terutama salahlaku seksual (zina), arak dan penyalahgunaan dadah akan membawa bencana kepada bangsa dan negara. Pada masa ini gejala ini berada di tahap yang membimbangkan. Bukankah salah seorang nabi (Nabi Zulkifli?) diutus kepada kaum yang golongan mudanya rosak?
Penyalahgunaan dadah perlu diperangi, tetapi jangan lupa terdapat ancaman yang lebih besar dan lebih merbahaya.
No comments:
Post a Comment