Thursday, May 8, 2008

Mengenali Jenis Pemimpin

MARI KITA MENGENALI JENIS PEMIMPIN YANG ADA.

Sekurangnya ada lebih kurang 4 jenis pemimpin (atau orang bergelar pemimpin) di kalangan kita.

Kenalilah mereka. Supaya kita bukan sahaja memilih pemimpin yang benar, tetapi tidak tertipu memilih orang yang sebenarnya bukan pemimpin.

Pertama, PEMIMPIN YANG HEBAT. Tidak ramai. Setakat ini telah lahir dua orang – Tun Abdul Razak dan Tun Dr Mahathir Mohammad. Mereka mempunyai visi, idealisma dan idea yang benar yang dapat dilaksanakan untuk membawa perubahan besar kepada negara. Semua orang mengakui hakikat ini. Selain mereka belum kelihatan yang lain – tiada dalam mana-mana parti politik pada masa ini.

Kedua, PEMIMPIN BIASA.
Mereka sepatutnya meneruskan sahaja agenda (yang belum selesai) yang telah dibawa oleh pemimpin sebelum ini, dengan sedikit tokok-tambah. Atau berperanan sebagai ‘stop-gap’ sahaja – menanti kehadiran pemimpin yang benar-benar hebat dan berkebolehan. Kebanyakan pemimpin (ahli politik) yang ada jatuh dalam kategori ini.

Ketiga, GOLONGAN AGAMA.
Peranan utama golongan agama adalah untuk membimbing dan mendidik umat. Mereka juga berperanan untuk menjaga hal-ehwal agama disamping menjadi penasihat kepada pemimpin.

Tidak dinafikan ada diantara golongan ulama yang mampu berperanan sebagai pemimpin negara (umara’). Tetapi ini bergantung samada mereka memiliki sifat/kualiti seorang umara’ (memiliki visi, idealisma dan idea yang benar untuk membangun masyarakat/negara), bukan atas dasar keulamaan atau ilmu agama mereka.

Tanpa visi, idealisma dan idea yang benar, dikhuatiri golongan ini akan terperangkap dengan idea-idea yang tidak benar (seperti yang terjadi di Bosnia – ingin membangunkan negara Islam salah pada masa dan tempatnya) atau hanya membawa slogan kosong semata-semata.

Pada hari ini tidak kelihatan mana-mana tokoh agama dalam mana-mana parti yang memiliki visi, idealisma dan idea yang benar untuk memimpin negara ini.

Keempat, GOLONGAN “THE ADVENTURERS AND THE WRECKERS”.
Mereka adalah golongan jenis Napoleon - manusia “opportunists” yang dahagakan kuasa. “Power for the sake of power”. “Power is my mistress”, kata Napoleon. Pemimpin jenis ini sebenarnya tiada isi (substance) tetapi memiliki karisma (daya tarikan) yang sangat tinggi – “high on charisma, popularity, charms”. Mereka sebenarnya tidak memiliki apa-apa visi, idealisma atau idea yang benar. “I defeat my enemies not with my sword, but with my eyes”, kata Napoleon. Begitulah karismatiknya golongan ini. Tidak pasti ke mana hendak dibawa bangsa dan negara sekiranya mereka berkuasa. Mungkin antara dua - ke mulut harimau atau ke mulut buaya.

Seperti juga Napoleon, pemimpin jenis ini juga “capable of saying different things to different people”. Napoleon pernah berbuat demikian ketika hendak menakluk Itali. Jadi pengikutnya ramai, dari pelbagai puak, kaum dan bangsa.

Selain berciri “upstart” (a person who has suddenly risen to wealth, power or higher social position, especially one whose behaviour causes resentment), pemimpin jenis sangat pandai “exploit opportunities”. Napoleon meng’exploit’ revolusi Perancis untuk naik menjadi pemimpin negara itu sebagai konsul dan kemudiannya maharaja.

Pemimpin jenis ini di sini mungkin meng’exploit’ sentimen keagamaan rakyat. Ini memang mudah berlaku dalam era kebangkitan Islam, di mana orang ramai tercari-cari pemimpin yang ‘berjenama Islam’. Napoleon juga disangkakan telah memeluk agama Islam oleh rakyat Mesir, ketika beliau menakluk negara itu (tidak pasti beliau membaca khutbah Jumaat atau tidak).

Termasuk dalam golongan ini juga adalah mereka yang akan melakukan apa saja untuk berkuasa, terutama menggunakan wang. Matlamat menghalalkan cara – “the ends justify the means”.

Berhati-hatilah wahai bangsaku - jangan kita mudah tertipu dan terpedaya. Pengalaman kita memilih pemimpin sangat kurang. Ilmu kita pun tidak seberapa. Gunakanlah akal, bukan hati/rasa semata-mata.

Kita perlu menilai pemimpin itu dengan kriteria dan ilmu yang benar. Janganlah kesilapan atau kekurangan seseorang pemimpin kita benci secara melampau (seperti yang dilakukan ke atas Tun Dr Mahathir). Kalau kita mengharapkan yang baik segala-galanya, memang tiada. Janganlah disebabkan faktor seperti ini menyebabkan kita menyebelahi sesiapa saja. Yang menyenangkan kita itu mungkin yang jauh lebih teruk, dan bukan sebenarnya pemimpin.

Akhir sekali, perlu juga saya katakan kemungkinan datangnya seorang SUPER-LEADER untuk bangsa dan negara ini. Sudah menjadi adat dunia, bangsa dan umat yang tenat akan diselamatkan oleh seorang tokoh yang sangat hebat. (Saya tidak menyatakan Imam Mahdi yang akan datang.) Pemimpin ini adalah pemimpin yang sangat tinggi kerohaniannya (spiritual not religious). Setakat ini tidak ternampak tokoh begini dalam mana-mana kumpulan mainstream. Di luar mungkin ada.

No comments: